Pesta Demokrasi atau Politik Selebriti?

3
235

Oleh: Wartawan Utusan Malaysia

SETIAP lima tahun sekali, rakyat Indonesia ternanti-nantikan masa untuk mereka meraikan demokrasi menerusi Pemilihan Umum atau lebih dikenali sebagai PEMILU helpful resources.

Tahun ini, pesta itu akan sekali lagi diadakan iaitu pada 9 April ini bagi peringkat Parlimen sementara pada 9 Julai nanti pemilihan peringkat Presiden pula akan diadakan. PEMILU merupakan medan untuk parti politik dan pemimpin-pemimpinnya memperlihatkan keupayaan mereka meraih undi dan sokongan masyarakat.

Senario pesta demokrasi Indonesia saling tidak ubah seperti negara-negara lain di mana setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka parti-parti politik mulalah membawa artis-artis popular untuk berkempen. Di pentas ceramah, artis-artis menyampaikan kempen politik, berceramah dan mula memberikan pujian yang berkisar kepada parti yang diwakili mereka.

Alasan parti-parti politik membawa golongan ini kononnya untuk menarik lebih banyak undi kerana artis memiliki jumlah pengikut yang sangat ramai. Bahkan, ada pula teori yang menyebut golongan artis sangat berpengaruh, apa sahaja cakap artis akan mudah didengari rakyat berbanding ahli politik yang sentiasa menyampaikan ceramah retorik.

Justeru, tidak hairan kenapa seniman Rhoma Irama yang diusung oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) awal-awal lagi sudah mengumumkan keputusannya untuk bertanding pada PEMILU kali ini.

jokowi-saat-duet-nyanyi-dangdut-dengan-rhoma-irama-di-jnf-2014-002-debbyYang hebatnya, Raja Dangdut Indonesia ini tidak memilih kerusi sebarangan untuk ditandingi, sebaliknya, cita-cita beliau adalah untuk menjadi orang nombor satu di Indonesia iaitu Presiden!

Bukan calang-calang individu yang berani mempertaruhkan nama baik, reputasi dan populariti mereka bertanding merebut kerusi Presiden.

Tapi tidak bagi Rhoma Irama dan PKB yang begitu optimis seniman itu dengan mudah boleh menawan hati rakyat Indonesia.

Ada benarnya, anak seni seperti Rhoma Irama memiliki tugas dan tanggungjawab yang hampir sama dengan ahli politik adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Politik adalah platform untuk mendapatkan kuasa sementara seni alat untuk mendapat pengaruh.

Hal ini sudah terbukti di Indonesia apabila golongan seni seperti Nurul Arifin, Rieke Dyah Pitaloka, Dedi Gumelar dan Tantowi Yahya misalnya sudah memperlihatkan keupayaan mereka menjadi wakil rakyat di Parlimen.

Bahkan Dede Yusuf sebagai Timbalan Gabenor Jawa Barat (sekarang ditukar pula oleh artis pelakon terbilang, Dedy Mizwar) dan aktor Rano Karno sebagai Wakil Ketua Daerah Tangerang (sekarang Timbalan Gabenor Banten) juga sudah membuka mata masyarakat bahawa terdapat segelintir anak seni seperti mereka mempunyai kemampuan untuk menjadi ahli politik.

Jurukempen

Fenomena artis menyertai gelanggang politik juga secara tidak langsung telah membuka ruang yang besar dalam amalan demokrasi di Indonesia.

Perkembangan ini seiring dengan terma “Politik Selebriti”’yang sudah diterima pakai dalam terminologi ilmu politik apabila golongan artis mula menyertai dunia politik.

Kehadiran mereka dalam gelanggang politik bukan hanya untuk meraih undi, bahkan memikul tanggungjawab sebagai jurukempen atau calon. Seperti yang disebut, tidak hanya di Indonesia sahaja golongan artis berlumba-lumba menawarkan diri atau ditawarkan kerusi calon, sebaliknya, perkara yang sama berlaku di Amerika Syarikat.

Ronald Reagen dan Arnold Schwarzenegger misalnya terjun dalam politik sehingga masing-masing diangkat sebagai Presiden dan gabenor. Cuma yang membezakan kedua-dua tokoh ini ialah mereka sejak daripada awal lagi sudah aktif dan terlibat dalam kerja-kerja parti politik, sementara di Indonesia, fenomena artis terlibat dalam politik hanya berlaku secara bermusim.

Untuk PEMILU 2014 ini, kempen-kempen politik di Indonesia mula melibatkan ramai artis dalam usaha parti politik berkenaan menyampaikan mesej mereka.

PKB misalnya tidak hanya bergantung pada Rhoma Irama untuk memastikan parti politik itu muncul sebagai parti popular, sebaliknya parti yang bermula sebagai pertubuhan bukan kerajaan, Nahdlatul Ulama itu turut menampilkan komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, dalam kempen.

Pendekatan ini dilakukan dalam usaha menyaingi parti-parti lain dalam kempen PEMILU yang semakin hari semakin panas.

Fenomena memilih artis sebagai jurukempen mereka turut menjadi modal bagi Parti GERINDRA (Gerakan Indonesia Raya) yang juga tidak mahu kalah dengan memilih beberapa artis ternama saat mereka turun berkempen di serata tempat di Indonesia.

Kempen parti GERINDRA kali ini diserikan dengan kehadiran artis kontroversi, Julia Perez, serta penghibur ternama Indonesia, Jamal Mirdad. Kemeriahan PEMILU 2014 juga diserikan dengan kehadiran diva terkenal Indonesia, Krisdayanti, yang khabarnya menjadi jurucakap bagi parti HANURA (Hati Nurani Rakyat).

Parti Demokrat yang di bawah pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pula menjadi pilihan penyanyi Rio Febrian yang dilaporkan media tempatan akan menjelajah ke 13 kota besar di Indonesia untuk bersama-sama berkempen.

Bagi parti GOLKAR (Golongan Karya), yang dipimpin Aburizal Bakrie pula, beliau mungkin agak bertuah kerana menantu beliau yang juga artis ternama, Nia Ramadhani, secara jelas sudah menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi.

Yang jelasnya, parti-parti politik di Indonesia tidak boleh terlepas daripada mendapatkan khidmat golongan artis untuk berkempen kerana golongan insan seni ini memiliki magnet tersendiri untuk menarik perhatian masyarakat.

===

Nota kaki: Rencana ini terdedah dalam akhbar online arus perdana milik kerajaan Malaysia, UTUSAN MALAYSIA, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 6hb April 2014. Artikel asali dan penuh, dapat pula dilayari secara terus di: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140406/lu_07/Pesta-demokrasi-atau-Politik-Selebriti [diakses di kakibukit Gunung Manglayang, Komp Vijaya Kusuma, Cipadung, Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 7 April 2014].

SHARE

3 COMMENTS

  1. Hebat, masyarakat Malaysia begitu akrab dan mengenal nama-nama artis Indonesia. Bagaimana dengan masyarakat Indonesia, apakah kenal dengan artis-artis dari Malaysia? Saya kira tidak, kita hanya mengenal artis Siti Nurhaliza. Bahkan terhadap artis terkenal Malaysia, P. Ramlee, yang berasal dari Aceh pun, masyarakat Indonesia kurang mengenalnya. Tragis memang dan bangsa Indonesia termasuk orang yang gak mau belajar banyak tentang sejarah.

    • Betul, pak Ade. Ini juga kritik pada pemerintah kita. Negara lain kalau mau menempatkan Duta Besarnya di sini, mestilah orang yang ahli tentang Indonesia. Lha, kalau pemerintah Indonesia menempatkan Duta Besarnya di negara lain, ahli tentang apa? Kayaknya ahli tentang shopping, touring, dan keliling-keliling saja. Ha ha ha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here