Sampai Masanya, Kita Belajar dari Indonesia tentang Negara-Bangsa

1
99

Oleh: Edy Noor Reduan

Indonesia … Mungkin ramai antara kita yang memandang rendah terhadap negara Indonesia, kita anggap mereka jauh ketinggalan, kita anggap negara tersebut kurang berjaya berbanding kita?

Ya benar, ramai warga Indonesia mencari sumber kekayaan dari bumi Malaysia. Itu salah satu indikasi yang mencerminkan negara kita lebih ke depan. Namun, dari sudut kenegaraan, dari sudut patriotik, dari sudut penyatuan bangsa, kita jauh ketinggalan.

Lihat bagaimana respon Indonesia dalam setiap isu melibatkan kedaulatan negara mereka. Lihat sahaja isu terbaru pengintipan oleh negara Australia, tindakan yang diambil bukan hanya dari peringkat rakyat, malah di peringkat pemimpin dan pemerintah Indonesia.

Habis gegak-gempita satu Jakarta. Kedutaan dikepong oleh rakyat, tatkala pemerintah Indonesia tidak segan mengarahkan diplomat terus dihalau.

Malah, usul memutuskan hubungan dua hala tanpa mengira untung rugi atas tindakkan tersebut adalah satu keberanian dan terpuji. Ini suatu yang sangat positif, yang tidak kita miliki.

nazri.fuck.myLihat juga bagaimana rakyatnya sayang terhadap negara. Belum pun hilang pulau, baru hilang lagu “Terang Bulan” yang dicopet, sudah cukup membuatkan setiap rakyat Indonesia marah dan membuak-buak dendamnya.

Perlu diingat, mereka hanya sebuah Republik, mereka tiada raja dan sultan. Kita di Malaysia, ada agong, ada raja, ada sultan, dan kaum kerabatnya … tapi di manakah sifat kenegaraan warga Malaysia?

Kita, Malaysia, ada bahan bersejarah berupa sebuah penjara lama, dirobohkan kerana nilai hartanah yang melambung. Nilai tersebut mampu saja menutup sejarah sebuah penjara, hanya penjara sahaja, tempat orang jahat, untuk apa diingati?

Mereka lupa, kota ini sedikit aman dengan adanya penjara.

Kita, Malaysia, ada struktur bersejarah yang berklasifikasi purba, tidak dipeduli dan cuba dilupuskan. Candi Lembah Bujang 11 yang diroboh baru-baru ini mempunyai nilai sejarah purba yang tidak ternilai.

Tetapi di mata pemerintah, itu adalah bahan bukti yang harus didiamkan – kerana kita malu dulu kita Hindu? Lebih baik malu menjadi manusia, jika tidak kenal asal usul.

Ada Menteri Besar pun, otaknya begitu kerdil. Sudah roboh candi binaan ribuan tahun, ingin dibangunkan pula yang baru. Apa yang dibina pada kemudian hari itu, hanyalah replika. Jelas kebijaksanaan itu tidak boleh diwarisi turun-temurun.

Kita kalah dengan Indonesia dalam sudut yang penting ini. Kita wajar irihati bagaimana mereka bersatu dalam isu yang melibatkan kedaulatan negara mereka. Mungkin sampai masanya, kita belajar dari Indonesia, bagaimana caranya untuk menjadi sebuah negara-bangsa.

Konklusinya, kita hanya mempunyai gerombolan pemimpin yang peduli tembolok sendiri dan kaum kerabat kroninya sahaja.

Lebih malang, gerombolan ini bukan sahaja tidak patriotik dan tiada nilai kenegaraan, malah mana-mana bahagian dalam negara ini jika boleh dijual, maka akan dijual sehabisnya: pulau, batu, berputih matalah kita.

===

Nota kaki: Rencana ini terdedah dalam media online milik daripada pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia. Rencana penuh dan asali dapat pula dilayari secara terus di: http://www.keadilandaily.com/sampai-masanya-kita-belajar-dari-indonesia-tentang-negara-bangsa/ [diakses di kaki bukit Gunung Manglayang, Komp Vijaya Kusuma, Cipadung, Bandung, Indonesia: 6hb Juma’at 2013].

Edy Noor Reduan ialah Aktivis Blogger SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia).

SHARE

1 COMMENT

  1. Komen gambar: mcm tu la sikap menteri kanan drpd Malaysia. YB ini pula bila cakap kesat, macam kata-kata “bodoh” kerap dia guna-pakai. YAB Najib sepatutnya buang dan gantung watak menteri yang mcm ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here