Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim

9
1563

Oleh: Zainuddin Maidin

Presiden Indonesia ketiga, BJ (Bacharuddin Jusuf) Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (UNISEL).

Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia, menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999.

Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi Presiden sejak 20 Oktober 1999.

Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.

Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim, dalam ucapan aluannya, menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka, maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara.

Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas, dan nasib yang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu.

Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia, Suharto, walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi Wakil Presiden; dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah dipungut  daripada ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF (International Monetary Fund) dan New Imperialist sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.

Apakah tujuan Anwar menjemput pengkhinat bangsa Indonesia ini ke Malaysia? Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.

Kepada saya, yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu, termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi Presiden). Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.

Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan “aku lebih besar” dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia.

Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini pun untuk tujuan menunjukkan “kami berdua masih besar”.

Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di UNISEL mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.

Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “the Dog of Imperialism”.

===

Nota kaki: Rencana provokatif ini terdedah dalam media arus perdana online milik kerajaan, Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada hari Isnin, haribulan 10 Disember 2012. Artikel penuh pula dapat dilayari di: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_07/Persamaan-BJ-Habibie-dengan-Anwar-Ibrahim#ixzz2EiSzL7jo [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 11hb Disember 2012].

Tan Sri Zainuddin Maidin, mengikut sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Zainuddin_bin_Maidin, ialah lahir pada 29 Jun 1939 di Kedah, sesebuah Negeri yang serupa dengan asal daripada bekas Perdana Menteri Dr. Mahathit Mohamad. Ia, yang juga kerap dipanggil Zam, adalah bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu dan bekas Menteri Penerangan Malaysia. Menerusi ruangan pojok “Awang Selamat” dalam akhbar Mingguan Malaysia, beliau menulis secara provokatif terhadap puak pelampau Melayu dan bukan Melayu.

SHARE

9 COMMENTS

  1. Menurut salah seorang Dosen Sejarah di Malaysia, Zainuddin Maidin ini persis seperti Harmoko pada zamannya pak Harto. Hanya bedanya, Harmoko mampu berpikir dan bersikap kritis kepada pak Harto di saat-saat akhir kekuasaannya (1998). Sementara Zainuddin Maidin tetap setia dan terus “menjilat pantat” Mahathir Mohamad hingga sekarang.

    Harap dimaklumi saja, karena baik Zainuddin maupun Mahathir adalah Mamak (India Muslim) yang bahlul dan bodoh. Namanya juga “Soekarno Kecil”, sampai kapan pun Mahathir itu ya tetap kerdil, termasuk bekas Menteri Penerangannya yang selalu berkata, mengikuti gayanya Harmoko, “Menurut Petunjuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir”.

    • Hai Trio Macan: Elok la awak kena tulis rencana bertajuk “Persamaan Suharto dengan Mahathir Mohamad” atau “Persamaan Harmoko dengan Zainuddin Maidin”. Kita ni macam abang-adik, pasti la wujud persamaan dan perbezaan. Salam Melayu dan Indonesia Raya!!!

  2. Malaysia harus banyak belajar lagi dari Indonesia tentang politik dan demokrasi. Di Indonesia, perbedaan pendapat itu biasa. Walaupun Soekarno dan Mohamad Hatta berbeda pendapat tentang sistem pemerintahan di Indonesia (1956-1970), tapi hubungan pribadi keduanya tetap baik dan mesra. Begitu juga SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) bisa berbeda pandangan politik dengan Megawati Soekarnoputri, tapi hubungan pribadi keduanya tetap baik.

    Coba bayangkan, apakan mungkin Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia) dan Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia sekarang) mau menerima dan ikhlas menyambut kedatangan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Partai Oposisi? Tokoh reformasi Indonesia sehebat Amien Rais pun gagal meyakinkan Najib Razak untuk tetap berhubungan baik secara pribadi dengan Anwar Ibrahim.

    Di Malaysia nampaknya perbedaan pandangan politik menjadi dendam pribadi dan berusaha membunuh karakter pribadi yang menjadi lawan-lawan politiknya. Malaysia masih perlu waktu satu generasi lagi untuk bisa meniru kedewasaan dalam berpolitik dan demokrasi seperti di Indonesia.

  3. Wawancara Zainuddin Maidin dengan TV Al-Jazira jadi bahan tertawaan rakyat Malaysia. Lihat selengkapnya di: http://www.youtube.com/watch?v=-wcG0QT1TUc&NR=1&feature=endscreen

    Zainudin Maidin yang menjawab soalan dari Al-Jazeera. Lain ditanya lain dijawab. Guna Bhas Inggeris pun macam budak tak sekolah. Memalukan Negara.

    Naper yang pi dok sebut negara2 lain? Macam mana pulak kalu negara lain sebut Malaysia dalam situasi ini…..nak iklan ubat nyamok cap ular tak payahlah sebut kelemahan ubat nyamok cap kapak…..tidak beretika.

    Malaysia kertawa ketika melihat menteri bodoh kita yang dah kena tendang dari position. its not bailance… bailance..i congratulate this to the jonalist for acting…apa butuh mamak ni…cinbak betul…we are pakistan..we are myamar.. nonok la u mamak mydin cibai… gi mampus.

  4. Euleuh, euleuh. Jadi si Zainuddin Maidin teh geuning jelema gelo nya? Di nagara Malaysia na oge dijejeleh. Ke ke, eta teh naonna Zaenuddin MZ?

  5. Media Malaysia Hapus Berita Menghina Habibie

    Rabu, 12 Desember 2012, 06:30 WIB

    REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR — Berita versi online artikel tentang hinaan terhadap presiden Republik Indonesia ketiga, BJ Habibie, tampaknya sudah dihapus dari laman Utusan Malaysia.

    Setelah coba diperiksa, Rabu (11/12), hanya judul ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’, masih terlihat di kanal tajuk Utusan Online. Namun konten berita sudah tidak ada.

    Kini yang muncul di Utusan Online adalah, “Broken Link! The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed. You may want to consider our archive on.”

    Arti bebasnya, “Link konten berita yang Anda cari tidak tersedia. Anda mungkin telah mengklik link yang rusak dari situs web lain atau konten itu sendiri mungkin telah dihapus. Anda mungkin ingin mempertimbangkan arsip kami.”

    Hal yang sama juga terjadi di laman Themalaysianinsider. Laman berita itu menjadi rujukan Republika Online (ROL) dalam memberitakan penghinaan mantan menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin terhadap Habibie. Namun setelah dicoba ditelusuri, berita penghinaan terhadap menteri riset dan teknologi era presiden Soeharto itu juga menghilang.

    Bisa jadi, respons kemarahan masyarakat dan pejabat tinggi Indonesia membuat pemerintah Malaysia mencabut berita itu. Pasalnya tuduhan Habbibie yang disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing imperalisme, The Dog of Imperalism, sangat menghina martabat Bangsa Indonesia.

    Sayangnya, Zainuddin ketika dikonfirmasi wartawan mengaku puas dengan tudingan itu. Ia menolak permintaan maaf kepada Habibie.

    Berita lebih lanjut, lihat di: http://www.republika.co.id/berita/nasional/politik/12/12/12/mew3z5-media-malaysia-hapus-berita-menghina-habibie

    • Itulah sikap dan watak dasar pemerintah Malaysia yang sekarang dipimpin oleh Najib Razaq. Orang Malaysia sendiri menilai PM Najib Razaq adalah anggota organisasi STI (Suami Takut Istri). Dia takut betul dengan istrinya, Rosmah Mansur, yang masih berdarah Minang itu.

      Jadi, karena tau banyak orang Indonesia yang marah sekaitan penghinaan media Malaysia terhadap BJ Habibie, Najib langsung takut dan menyuruh media Malaysia menghapus berita tersebut.

      Dulu, bapaknya Najib, Tun Abdul Razaq takut sekali pada pak Harto. Eh, sekarang anaknya yang penakut itu malah berani menghina Indonesia dan Presiden Indonesia (SBY) merasa tidak ada apa-apa. Jangan2 SBY juga sama dengan Najib, anggota organisasi STI. Ha ha ha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here