Plagiarism: Perspektif dan Pengalaman daripada Brunei Darussalam

4
135

Oleh: Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Plagiarism, menurut kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s English–Malay Dictionary, bermakna mengambil idea, kata-kata, tulisan, karya orang lain dan menggunakannya seolah-olah kepunyaan sendiri. Kamus ini juga mengertikan plagiarism sebagai menciplak.

Dalam dunia akademik, memplagiat tulisan orang lain tanpa mengubah sebarang perkataan atau gaya bahasa merupakan satu perbuatan yang tidak beretika. Memperakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri kelihatannya satu jalan pintas untuk menunjukkan pemelagiat seorang penulis yang proaktif dan produktif. Tetapi pada realitinya, ia adalah seorang yang tidak bermoral dan berpura-pura. Ia sudah tidak amanah dan jujur dengan profesyennya kerana telah melakukan penipuan.

Ada berbagai cara plagiat dilakukan, sama ada mengambil sebahagian daripada idea orang lain dan kemudiannya mencampur-adukan dengan idea sendiri. Ini bertujuan untuk menutupi perkara-perkara yang diciplak itu supaya tidak begitu ketara. Namun perkara ini kadangkala akhirnya diketahui juga. Ia selalunya terbuka oleh pengkaji yang pakar dalam bidang-bidang yang diplagiat tersebut.

Berdasar pengalaman, sebagai seorang pensyarah telah mendapati perbuatan seperti ini dilakukan oleh sebahagian mahasiswa dan mahasiswi, terutama dalam tugasan semester dan juga latihan ilmiah. Lebih kronik lagi mereka mengambil sebahagian daripada tulisan pensyarah sendiri. Oleh itu, pensyarah terpaksa memberi amaran atau menyuruh mereka menulis semula tugasan mereka.

Perbuatan-perbuatan seperti ini wujud di kalangan mahasiswa kemungkinan ada beberapa faktor yang mendorong mereka. Pertama, mereka kurang faham dengan tajuk tugasan yang diberikan. Oleh kerana malas hendak jumpa pensyarah, maka jalan mudah dengan melakukan plagiat.

Kedua, para mahasiswa dan mahasiswi yang melakukan plagiat boleh dikatakan mereka yang malas untuk membaca dan mencari bahan rujukan. Mereka sudah terbiasa dengan disediakan nota yang diwarisi sejak dari bangku sekolah lagi.

Ketiga, mereka membuat tugasan di saat-saat tarikh akhir menghantar tugasan. Jadi, jalan mudah untuk menyiapkan tugasan, ia mengambil sebahagian idea dari bahan-bahan rujukan dan mencampur dengan sedikit idea mereka. Dengan keadaan ini menjadi tugasan mereka tidak berkualtiti dan tidak mencapai taraf kajian peringkat universiti. Dengan itu apabila mereka keluar dari universiti, mereka akan menjadi graduan yang tidak berkualiti. Mereka bukan saja tidak dapat menulis tugasan yang berbentuk ilmiah, bahkan menulis laporan dan minit mesyuarat pun mereka tidak boleh.

Selain itu ada juga plagiat dilakukan dengan mengambil keseluruhan idea atau tulisan orang lain. Ia telah dilakukan bukan saja di kalangan mahasiswa dan mahasiwi universiti tetapi juga oleh kaki tangan akademik yang berpangkat Professor. Lazimnya dilakukan ke atas tulisan yang sudah lama atau kajian-kajian yang belum diterbitkan seperti tesis.

Sebagai contoh, tulisan yang diterbitkan pada tahun 1980-an kemudian diterbitkan semula sebagai tulisan sendiri pada tahun 2000. Namun perkara ini akhirnya telah diketahui oleh para akdemik yang memang mempunyai pakar dalam bidang yang diciplak itu.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, dimana sebahagian dari tulisan tesis sarjana penulis telah diciplak seorang yang tidak bertanggungjawab dan diterbitkan dalam akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei, pada tahun 2002. Penulis telah membuat bantahan kepada sidang pengarang akhbar tersebut dan mereka telah bertindak menghentikan penerbitannya.

Plagiat juga dilakukan dengan mengambil tulisan di tempat lain dan kemudian dibawa ke satu tempat tertentu yang difikirkan tempat itu orang tidak akan tahu. Hal ini juga pernah berlaku ke atas tulisan seorang kenamaan ugama Brunei, apabila tulisan beliau telah diterbitkan semula di Malaysia tanpa nama beliau dimasukkan sebagai penulis asal.

Ledakan tekonolgi maklumat juga menjadikan kegiatan plagiat semakin mudah dan menjadi-jadi, hingga kadang-kadang sukar dikesan. Oleh itulah universiti-unveristi di United Kingdom mempunya program khas untuk mengesan perbuatan mahasiswa-mahasiswi melakukan plagiat dalam tugasan mereka.

Dari pengalaman penulis sendiri sebagai Ketua Jabatan Sejarah pada tahun 2005, seorang mahasiswa telah melakukan plagiat satu tugas tentang Sejarah Asia Timur. Mahasiswa ini telah menciplak dari internet dan perbuatannya ini telah diketahui oleh pensyarahnya. Ia dapat dikesan kerana tugasan mahasiswa ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris mempunyai bahasa dan idea yang sempurna yang tidak mungkin ditulis oleh seorang mahasiswa. Artikel yang diciplak itu telah ditulis oleh seorang sarjana.

Jadi, penulis telah memanggil dan memberi amaran kepada mahasiswa yang plagiat tersebut supaya membuat tugasan yang baru. Nampaknya mahasiwa ini melakukan lagi dengan tugasan lain sehingga tiga kali. Akhirnya mahasiswa ini terpaksa diberhentikan dari universiti.

Mahasiswa ini melakukan plagiat ada kemungkinan beliau tidak faham dengan tajuk tugasan atau ia memang tidak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Sebab itulah ia melakukan plagiat.

Plagiat juga boleh dilakukan dengan menterjemahkan dari satu bahasa ke satu bahasa lain. Hal ini pernah berlaku ketika penulis menjadi pelajar di UBD (Universiti Brunei Darussalam). Semasa mengikuti kursus hubungan antarabangsa, pensyarah penulis seorang sarjana dari Austarlia. Sungguhpun beliau orang putih, tetapi beliau boleh berbahasa Melayu. Jadi beliau mengajar kursus ini dalam dua aliran, iaitu untuk pelajar aliran Melayu dan Inggeris.

Semasa memberi tugasan, tajuk yang sama akan diberikan kepada kedua-dua pelajar, cuma beza dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ketika menulis tugasan, kawan penulis yang menulis dalam bahasa Melayu telah menghantar lebih awal kepada pensyarah hubungan antarabangsa ini. Bagaimanapun, kawan penulis ini telah meminjamkan kepada kawannya lagi yang mempunyai tajuk yang sama dalam aliran Inggeris. Jadi kawan di aliran Inggeris telah menterjemahkan tugasan kawan penulis ke dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya menghantar kepada pensyarah.

Pensyarah telah memanggil mahasiswa yang menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris kerana dianggap memplagiat tulisan orang lain. Begitu juga pernah berlaku seorang pelajar menulis tesis peringkat sarjana telah memplagiat tulisan seorang sejarawan Brunei dengan hanya menterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Akhirnya beliau lulus tanpa diketahui oleh pihak universiti.

Oleh itu, boleh dikatakan kegiatan plagiat dapat berlaku di mana-mana dan semua peringkat golongan akademik dan penulis. Perbuatan ini memang sesuatu perbuatan yang tidak bermoral dan amat bertentangan dengan kerjaya-kerjaya penulisan, bukan saja di peringkat institusi pengajian tinggi bahkan juga di peringkat tulisan orang-orang awam.

Borneo Bulletin, bertarikh 21 Julai 2012, telah menyiarkan bahawa Victor Ponta, Perdana Menteri Romania, telah dakwa oleh ahli akademik unversiti bahawa tesis Ph.D. beliau bukan tesis tulin kerana beliau telah melakukan plagiat pada tulisan lain.

Akhir sekali, boleh dikatakan bahawa perbuat plagiat tidak banyak beza dengan kerja seorang perampuk. Kalau seorang perampuk mengambil barang, tetapi perbuatan plagiat adalah  merampuk idea orang lain. Untuk mendapatkan barang yang dirampuk, pemiliknya perlu berusaha keras dan memarah keringat. Begitu juga idea atau tulisan yang diciplak, penulisnya juga berusaha keras dengan memarah otak tanpa mengira waktu siang atau malam. Tiba-tiba dengan mudah orang lain mengaku sebagai pemiliknya. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima.

===

Nota campur: Rencana ini dihantar terus oleh pihak penulis di atas rayuan Pengetua Am ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung. Walau bagaimanapun, rencana ini merupakan idea persendirian dan tidak wujud hubung-kaitnya dengan jawatan penulis setakat ini.

Prof. Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD (Universiti Brunei Darussalam), Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam; dan Ahli Sidang Pakarujuk SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan yang ditadbir oleh Pengerusi ASPENSI di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: [email protected]

SHARE

4 COMMENTS

  1. Wah wah wah. Saya pikir plagiat itu hanya ada di Indonesia, ternyata di negara Brunei pun ada juga. Kalau di Brunei, seorang plagiat dihukum cambuk nggak pak? He he he.

  2. Yth. pak Haji Awang. Kalau di Universitas Brunei Darussalam ada nggak Profesor atau Doktor yang jadi plagiator pak? Kalau ada, hukumannya seperti apa? Terima kasih pak.

  3. Salam, tuan Haji. Rencana yang elok. Saya akur sahaja mana2 yang didedah oleh tuan bersabit isu plagiarism. Ini isu kritital, tak setakat di Brunei, di Malaysia pun ramai pelajar dan pensyarah yang tak jujur, menjadi plagiat yang tidak bertanggung jawab. Jom kita banteras amalan plagiat!!!

  4. Yth. Pak Asbol. Sebagai informasi dan perbandingan, ini ada berita tentang plagiat di UPI (Universitas Pendidikan Indonesia) di Bandung, sebagaimana diberitakan oleh http://www.isolapos.com (10 May 2012). Kasusnya adalah seorang Dosen UPI memplagiat karya ilmiah para mahasiswanya. Tapi kasus plagiat ini oleh pimpinan UPI tidak diambil tindakan apapun alias terkesan dibiarkan.
    “…………
    Syamsuri : Saya Sudah Memaafkannya
    Salah satu mahasiswa yang karya ilmiahnya diduga diambil oleh Dosen Sekolah Pascasarjana (SPs) Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) mulai angkat bicara. Syamsuri mengatakan bahwa dia dan kedua rekannya sudah memaafkan perihal kasus itu.
    “Setelah dipikirkan baik dan buruknya, dan pada buku terbaru sudah mencantumkan nama saya dan kedua rekan saya, jadi kasus ini tidak harus di perpanjang,” ujar Syamsuri, Kamis (10/5). Ia menegaskan, dirinya beserta kedua rekannya telah memaafkan kelalaian mengenai karya ilmiahnya itu.
    Sebelum munculnya buku terbaru tersebut, Syamsuri pernah mengajukan keluhan mengenai kasus yang telah terjadi pada Februari 2009. Kejadian tersebut bermula ketika ia masih menjadi mahasiswa SPs UPI. Syamsuri mengaku bahwa tidak hanya karyanya saja yang diambil, “Ada juga mahasiswa lainnya yang menulis tentang PKn (Pendidikan Kewarganegaraan) di Pakistan dan Jepang,” tutur Syamsuri.
    Syamsuri menambahkan, ia pun sudah mengirim surat via e-mail dengan lampiran kepada Rektor UPI, Asisten Direktur I SPs UPI, dan tembusannya kepada Rektor UNY (Universitas Negeri Yogyakarta) dan Ketua Prodi Pendidikan Kewarganegaraan SPs UPI. “Tetapi saya tidak mendapat kabar kelanjutan mengenai complain saya,” katanya.
    Saat ditanyakan mengenai kelanjutan kasus ini, ia tak keberatan jika ada pihak yang berniat untuk menelusurinya. Syamsuri mengatakan bahwa hal tersebut merupakan perjuangan untuk menegakkan kampus UPI sebagai kampus pendidik yang bermartabat dan berkepribadian ilmiah-religius. “Tapi saya juga ingin berkarya tanpa harus diribeti persoalan yang saya anggap sudah selesai awal tahun ini,” lanjutnya.
    Syamsuri tak menampik bahwa peristiwa tersebut tidak dapat dilupakan. Meski demikian ia tetap optimis dirinya dapat menemukan tempat untuk berkarya lebih baik lagi. “Peristiwa tersebut sebagai pelajaran berharga di masa depan,” tutupnya. [Yuni Misdiantika]
    ………”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here