Satu Amah, Satu Tugas: Jenaka Bangsawan Moden

8
241

Oleh: Mohamed Yusoff Ismail

Dari sudut pengajian antropologi sosial, kemelut orang gaji “satu amah, satu tugas” merupakan satu perkembangan yang agak “menakjubkan” dalam pentafsiran semula konsep “pembantu rumah” yang biasa kita fahami.

Apakah sebenarnya konsep pembantu rumah itu? Pemerihalan kerja (job description) yang sering difahami agak berbeza-beza tetapi sudah tentulah ia merangkumi perkara asas seperti mengemas rumah, mencuci kain baju, memasak dan menjaga anak-anak. Lain orang lain pula keperluan kepada tugas yang diperlukan daripada seorang pembantu rumah.

Konsep asas ini diamalkan biarpun di Indonesia sekalipun. Bahkan tugas pembantu rumah di Indonesia adalah lebih banyak dan lebih menekan daripada itu.

Kerja-kerja tambahan seperti mencuci kereta, mengurut badan dan kaki majikan, menjaga kedai majikan, membersih rumah ibu mertua dan kakak majikan, memberi makan dan memandikan anjing majikan, dan menjadi orang suruhan bagi saudara mara majikan yang datang bertandang ke rumahnya, adalah antara pemerihalan kerja tambahan yang membuka ruang untuk orang gaji ditindas secukup-cukupnya.

Isu yang hangat sekarang menjurus kepada perlindungan hak orang gaji, dengan pentakrifan semula tugas hakikinya sehingga menimbulkan kesan negatif dan menekan pihak majikan.

Kalau satu tugas, memasak sahaja misalnya, maka ini bukan merangkumi konsep “pembantu rumah” yang menyeluruh, tetapi lebih mirip kepada kerja separuh masa atau tugasan khusus, kerana memasak bukan tugas 24 jam.

Kalau mencuci kain baju sahaja, ini pun bukan kerja sepenuh masa, sepanjang hari. Mungkin tugasannya melibatkan tiga atau empat jam sehari termasuk menyidai, menggosok dan melipat kain baju. Bebannya mungkin dapat diringankan lagi dengan adanya mesin basuh dan pengering kain – jika kita tidak mahu orang gaji kita terkena sinaran panas terik sang matahari. Selepas itu apa kerjanya lagi melainkan bersantai di rumah majikan sambil menonton program teledrama Indonesia di saluran-saluran TV Malaysia?

Kalau menjaga kanak-kanak, ini pun mungkin dilakukan sewaktu kedua-dua ibu bapa keluar bekerja. Tugasnya selesai apabila ibu bapa pulang dari kerja.

Semua tugas di atas bukan bersifat sepenuh masa, justeru pembantu tersebut tidak perlu tinggal dan menetap di rumah majikannya. Maka dia boleh tinggal di rumah sendiri (yang disewa dengan duit gajinya), makan minum ditanggung sendiri, tambang pergi-balik ke rumah majikan juga ditanggung olehnya, samalah seperti mereka yang bekerja di kedai dobi, di restoran dan di rumah asuhan kanak-kanak.

Persoalannya, dengan kerja separuh masa satu jenis ini berbaloikah majikan membayar RM700 sebulan? Terlalu tinggi jika kita mengambil kira bahawa majikan juga terpaksa menyediakan tempat tinggal dan menanggung kos makan minum amahnya.

Apa penyelesaiannya? Baik kita hantar kain baju yang kotor ke kedai dobi – tak akan habis RM700 sebulan bagi satu keluarga kecil tujuh atau lapan orang. Pakaian dalam dan benda-benda kecil boleh dicuci sendiri. Cuma penatnya adalah dari segi menghantar longgokan kain kotor ke kedai dobi, tetapi ini boleh diatur dari segi urusan masa dan logistik seharian.

Kalau dari segi keperluan memasak kita kena ubah paradigma sedikit, sama ada pesan makanan dari kedai (home delivery), bungkus bawa balik lauknya, nasinya masak sendiri. Sudah adapun khidmat seperti ini dalam konteks tiffin delivery (atau penghantaran “mangkuk lonjok”) secara tetap.

Ramai orang Cina sudah lama berbuat demikian. Atau masak sendiri ala kadar, dengan suami sama-sama membantu. Lagipun terdapat banyak jenis bahan makanan yang separuh siap yang cuma memerlukan dibuka paketnya dan dicampak ke dalam kuali bersama sedikit air atau minyak.

Bagi penjagaan kanak-kanak pula kita boleh gunakan khidmat taska atau hantar ke rumah jiran yang boleh dipercayai dengan bayaran yang berpatutan.

Mengemas rumah sebenarnya bukan masalah besar. Yang bermasalah ialah kita yang tidak sanggup mengubah sikap atau paradigma tersebut. Kita kena sanggup membuat kerja mengemas rumah terutama pada hujung minggu (kita ada dua hari untuk berbuat demikian). Libatkan penyertaan anak-anak sebagai latihan untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan bilik masing-masing, termasuk bilik air.

Cuba lihat dan bandingkan bagaimanakah pengurusan domestik di negara maju dan di Barat dilakukan. Kebanyakan kerja-kerja domestik dikongsi dan dilakukan bersama oleh suami isteri biarpun kedua-duanya bekerja dan mempunyai profesion masing-masing.

Masalahnya di Malaysia, budayanya terlalu menjaga ego orang lelaki yang pantang masuk ke dapur, membantu isteri memasak atau memegang penyapu membersih rumah, apa lagi menyidai kain yang baru keluar dari mesin basuh. Kalau dia buat juga si suami jiran sebelah akan menyindirnya!

Orang perempuan pula tidak mahu masuk ke dapur atau melakukan kerja-kerja domestik atas alasan dia juga bekerja untuk menjana pendapatan isi rumah. Yang lucunya ialah ada orang perempuan yang tak mahu mencuci pinggan, menyiang ikan dan sebagainya takut kalau-kalau kukunya yang siap digilap dan di sapu cutex itu patah!

Kalau pemikiran seperti di atas dapat diubah, maka keperluan kepada orang gaji mungkin tidaklah begitu mendesak.

Bahkan di Barat masalah orang gaji tidak menjadi isu besar kerana terdapat pembahagian tugas yang sangat jelas dalam kerja-kerja domestik antara suami isteri. Hanya orang yang kaya melampau atau super-rich sahaja yang mampu menggunakan khidmat pembantu rumah, tetapi kebanyakannya tidak tinggal bersama di rumah majikan mereka. Mereka mempunyai jam dan waktu bekerja yang sudah ditetapkan. Selesai kerja, mereka pulang ke rumah masing-masing.

Persoalan pokoknya, adakah kita benar-benar memerlukan orang gaji, tambah-tambah bagi wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa?

Bahkan yang bermasalah sekarang ialah kita semua yang memaksa diri kita sendiri terlalu bergantung kepada orang gaji. Apabila permintaan kepada orang gaji terlalu mendesak, maka inilah peluang bagi Indonesia menekan kita dengan syarat-syarat yang tidakpun diguna pakai di seberang sana.

Kita bukan lagi hidup dalam zaman batu. Kerja rumah banyak dipermudahkah dengan pelbagai peralatan untuk tugasan domestik-dari mesin basuh kain baju, mesin basuh pinggan mangkuk, penyedut hampa gas, pengilap lantai sehinggalah kepada pengisar dan pengadun, dapur gelombang mikro dan periuk nasi automatik. Maka tidak perlu lagi kita bergantung kepada lesung batu dan orang gaji berkepala batu.

===

Nota campur: Rencana ini disiarkan dalam media arus perdana online, Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 19hb Mac 2012. Ianya dapat dilayari juga di: www.utusan.com.my [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 19 Maret 2012].

Prof Dr Mohamed Yusoff ialah Perunding Antropologi dan bekas Dekan di Fakulti Sains Sosial Gunaan OUM (Open University Malaysia).

SHARE

8 COMMENTS

  1. Salam, Prof.

    Orang Melayu itu, termasuk wanitanya, memang malas dan rasa gengsi diutamakan. Coba Prof lihat sendiri, mana ada wanita Melayu yang mau jadi “amah” atau pembantu rumah, pelayan restoran, tukang kebun, dan pekerjaan kasar lainnya?

    Saya lihat sendiri di Kuala Lumpur dan kota-kota lainnya di Malaysia, jarang orang Melayu yang mau jadi kuli bangunan, kebanyakan adalah orang Indonesia. Kata orang Malaysia sendiri, orang Melayu tidak mau jadi kuli bangunan, diantaranya selain karena gengsi juga karena takut dengan ketinggian. Sementara kuli-kuli bangunan dari Indonesia, orang Jawa khususnya, berani bekerja sampai tingkat yang paling tinggi sekalipun, tanpa sabuk pengaman lagi. Hebat kan?

    Coba Prof lihat juga lah, siapa yang ikut membangun Putra Jaya, Menara Kembar, dan jalan-jalan tol di Malaysua? Kebanyakan adalah pekerja-pekerja dari Indonesia. Dan itu diakui sendiri oleh pak Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia.

    Jadi Prof kesimpulannya, jangan anggap budak (hamba sahaya) para pembantu rumah dari Indonesia itu. Mereka punya kemampuan dan pekerja keras. Tanpa bantuan dari pekerja-pekerja Indonesia, mungkin pembangunan di Malaysia tidak akan berjalan dengan baik.

  2. Betul la apa-apa yang pernah Tun Dr Mahathir Mohamad cakap, Melayu tu tak setakat “mudah lupa”, tapi juga sememangnya “malas bekerja”.

  3. Sorang Profesor daripada Malaysia pernah buat gurau macam ni:
    Perempuan Indonesia, selalunya cari kerja.
    Perempuan Cina, selalunya cari makanan.
    Perempuan India, selalunya cari fesyen.
    Perempuan Melayu, selalunya cari angin.

  4. Prof, cuba dedahkan kepada kami, macam mana perbezaan karakter dua perempuan ni: puan Rosmah, isteri daripada Najib Razak di Malaysia; dengan puan Ani, isteri daripada Susilo Bambang Yudhoyono di Indonesia?

  5. Sememangnya amah Indonesia yang dihantar ke Malaysia tu lawak2 dan comel la. Tengok berita terkini daripada akhbar online pembangkang, KeadilanDaily, sehingga Menteri Datuk Rais Yatim pula jatuh cinta dan diisukan merogol amah daripada Indonesia (perempuan Jawa). Bad news la tu!!! Sila tengok terus di: http://www.keadilandaily.com

  6. Saya nak membagi cadangan kepada kerajaan Malaysia, kena hentikan amah Indonesia dihantar semula ke Malaysia. Apa pasal? Tak elok dan tak munasabah lah budak-budak Malaysia tu sejak masih lagi kanak-kanak diasuh dan dididik oleh amah-amah Indonesia.

    Amah Indonesia tu punya rasa nasionalisma dan patriotisma yang tinggi. Saya bimbang, nanti budak-budak Malaysia tak faham Rukunegara, memperlekeh lagu kebangsaan Negaraku, dan memijak pulak bendera Jalur Gemilang. Semuanya nak ditukar, oleh amah-amah Indonesia tu, dengan Pancasila, Indonesia Raya, dan bendera Merah Putih. Lambang kerajaan kita pulak bukan Harimau Malaya, tapi ditukar oleh Garuda Indonesia.

    Saya telah pun membaca autobiografi daripada Presiden Soekarno. Masa kanak-kanak, beliau pulak dididik oleh amah Jawa, namanya SARINAH. Soekarno kata, daripada amah Sarinah lah beliau punya inspirasi dan berani berdepan dengan pihak penjajah Belanda yang authoritarian, eksploatatif, dan diskriminatif dalam mentadbir kerajaan. Pendek kata, Soekarno-belia berani melawan dan tunjuk perasaan kepada kerajaan kolonial Belanda kerana dididik oleh amah Sarinah.

    Saya berasa bimbang, mungkin generasi belia di Malaysia kini berani mencabar dan tunjuk perasaan kepada pihak kerajaan, juga kerana dididik dan dicadangkan oleh amah-amah Indonesia, macam Sarinah pada zamannya Soekarno. Amah-amah ni cakap dalam Bahasa Jawa, “yo wis tole, yen pemerintah kuwi ora apik lan ora adil marang rakyate, yo ojo wedi wis dilawan lan didemo wae”, bermaksud “ya dah budak-budak, bila kerajaan ni teruk dalam pentadbiran dan tidak adil terhadap rakyatnya, kamu tak payah takut dan bimbang kena melawan dan tunjuk perasaan”.

    So, saya pikir generasi belia Malaysia kerap melakukan tunjuk perasaan melawan kerajaan bukan kerana dihasut oleh pihak pembangkang, atau diarah oleh DSAB (Datuk Seri Anwar Ibrahim). DSAB pulak belajar kaedah tunjuk perasaan dari negara jiran, khasnya Indonesia, semasa beliau menjadi pelajar dan kerap datang ke Indonesia menjadi ahli pertubuhan HMI (Himpunan Mahasiswa Islam). HMI ni satu pertubuhan Islam yang radikal dan punya pandangan yang melampau.

    Finally, kena stop import amah Indonesia agar kerajaan Malaysia selamat dan stabil, terbebas daripada tunjuk perasaan yang membazir masa.

    • @Wira Bangsa: Pikiran kamu memang “sableng” dan gila. Daripada menyalahkan para “amah” (pembantu rumah) Indonesia, lebih baik kamu salahkan pemimpin-pemimpin Malaysia sekarang.

      Kamu tahu siapa Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang? Dia adalah orang Bugis dari Sulawesi Selatan. Siapa Rosmah, istri Najib Razak; dan siapa Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Warisan? Mereka adalah orang Minang dari Sumatera. Dan kamu tahu siapa Zaid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia? Dia adalah orang Jawa, mungkin masih saudaranya Soekarno, Soeharto, dan Susilo Bambang Yudhoyono.

      Jadi, wira bangsa, yang akan meruntuhkan pemerintah Malaysia itu bukan “amah-amah” dari Indonesia, tapi para pemimpin Malaysia sendiri yang kebanyakan keturunan dari Indonesia.

      Sekian dan salam 1Bangsa: Melayu Raya dan Indonesia Raya.

  7. Tuan/puan daripada Indonesia, tengok ni pertembungan antara DSNR (Datuk Seri Najib Razak) dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam alam politik kontemporari di Malaysia:

    Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri, berhubung rancangan 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

    Beliau menyatakan cabarannya itu pada program sulung sempena kempen pilihanraya kecil Dun Tenang dalam ceramah umum di hadapan hampir seribu orang hadirin di Felda Tenang malam tadi.

    “Yang saya nak sebut, kita dialog. Tetapi, mengapa tak mahu (berdebat), mengapa tak boleh, mengapa tak berani. Mengapa jawapan dia menghina saya?

    “Oh, kalau saya ada maklumat, saya jawab, saya akan londehkan Anwar dan demam,” kata Anwar yang merujuk kepada kenyataan Najib.

    “Tak apa, demam pun saya pergi. Insya Allah. Demam pun saya mampu debat. Tapi tajuk ekonomi. Najib mahu tajuk peribadi, tak mengapa. Tajuk pertama ekonomi, tajuk kedua peribadi,” katanya.

    Sementara itu, beliau menyatakan persoalan yang perlu dijawab Najib berhubung rasuah kapal selam berjumlah RM 500 juta dan pembunuhan Altantuya

    “(Sila) jawab, sebab saya nak tanya, dan saya tak mahu buat tuduhan. Kita nak tengok, siapa yang kena londeh. Adakah tindakan (mendedah peribadi) ini baik? (jawapannya) Tidak. Sebab itu saya cadangkan debat ekonomi. Bukannya dengan cara maki hamun,” kata Anwar.

    Anwar turut mengingatkan agar pimpinan Umno tidak menabur fitnah, kerana akhirnya tuduhan itu akan kepada semula kepada pemfitnah.

    Beliau merujuk kepada isu Wikileaks sebelum ini yang mengaitkan Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol pembantu rumahnya sendiri.

    “Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya terpalit ke muka kamu. Ada kuasa, jangan kita takbur. Allah tunjuk terang-terang kepada kita semua, termasuk kepada Najib, dengan Wikileaks juga.

    “Tapi saya nak tunjuk, kamu rasalah bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum

    “Najib, jangan. Sebab kamu guna itu untuk fitnah orang, sekarang macam mana nak jawab?” soal Anwar.

    [Maklumat ini wujud dalam: http://www.keadilandaily.com, dilayari di Bandung: 21/3/2012].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here