Mengajarkan Isu Kontroversi Sejarah Semasa di Malaysia: Kongsi Pengalaman daripada Guru Sejarah di Indonesia

0
159

Oleh: Sri R. Rosdianti & Andi Suwirta

Pengalaman pergi ke Malaysia sememangnya adalah menyeronokkan, utamanya manakala menengok juga macam mana cikgu sejarah di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia mengajar. Kami memang kerap pergi ke Malaysia dan dalam sekali-sekala masa pernah melakukan kunjungan muhibah dan aktiviti tanda aras dengan beberapa sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.

Amnya guru sejarah mengajar, sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia, adalah serupa sahaja. Cikgu selalunya membagi ceramah terlalu banyak kepada murid-murid. Punca daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang sebegini adalah menjadikan murid bosan dan mata pelajaran sejarah pula dipandang sebagai subjek mati. Walau bagaimanapun, wujud juga satu-dua orang murid yang punya sikap kritis dan mahukan memberi soalan kepada cikgunya.

Adalah menyeronokkan bagaimana tindakbalas daripada guru-guru sejarah di Malaysia, utamanya jika dibandingkan dengan guru-guru sejarah di Indonesia, dalam mengedepani sikap murid yang banyak membagi soalan. Apatah lagi jika soalan itu bersabit isu semasa dan bersifat kontroversi.

Rencana ringkas ini mahukan cuba membagi kongsi pengalaman dan mungkin juga cadangan mengenai bagaimana sikap guru sejarah dalam mengajarkan isu-isu semasa dan kontroversi agar ianya boleh selamat dan mencapai matlamat pengajaran sejarah yang sebenar.

Percanggahan dalam Pengajaran Sejarah

Lantaran itu, kami mengambil berat dan mengangkat topi (tabik) terhadap rencana yang sebaik saja kami baca selepas kami tiba di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 2007. Rencana tersebut bertajuk “Semangat Berani Mengakui Kesilapan”, buah pikiran daripada Abuzar Samadi dari Batu Pahat, Johor, dan diterbit di akhbar Utusan Malaysia ini pada 26hb Jun 2007 mukasurat 11. Dinyatakan dalam rencana berkenaan bahawa sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50, biasanya banyak rencana setakat mendedahkan dan menghebahkan semula kejayaan dan kepandaian, sama ada pemimpin mahupun rakyat didalam pembangunan negara. Sememangnya, rakyat Malaysia bertuah kerana memiliki para pemimpin yang cekap dan telus dalam mentadbir serta berwawasan dan bijak dalam membina negara.

Namun, masih mengikut rencana itu, di sebalik kisah kejayaan yang sudah sering diuar-uarkan, ada baiknya juga membincangkan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku di negara Malaysia ini. Salah sebuah daripada kesilapan itu adalah “kekurangan kemampuan kita untuk mempunyai sifat toleransi terhadap pendapat dan pandangan yang berbeza daripada apa yang kita pegang”.

Kami persendirian, kerana berasal daripada cikgu dan pensyarah sejarah di Indonesia, memiliki pengalaman yang menyeronokkan semasa kami berziarah dan bermuhibah ke Malaysia. Kami tengok buku-buku teks, khasnya sejarah, di Malaysia. Kami pun dijemput dan dirayu oleh rakan pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) Bangi, bagi memerhatikan practical teaching in history di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.

Pengalaman yang seelok sahaja kami perolehi adalah kurang digalakkan kepada murid-murid di sekolah bagi memberangsangkan minat dan minda mereka, sama ada untuk memberi soalan, berbeza pandangan, ataupun menjawap soalan yang berkenaan dengan isu-isu kontroversi di dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Walau bagaimanapun, guru-guru sejarah di Malaysia apabila kami bertemu bual, mereka berhujah bahwa mendedahkan dan menghuraikan isu-isu kontroversi dalam sejarah bukan setakat membazirkan masa tetapi juga kurang relevan kerana ianya tak kan wujud didalam soalan Peperiksaan nanti. Lagi pun, benda semacam itu boleh memunculkan percanggahan dan pertelingkahan yang tidak dikehendaki oleh kerajaan.

Kami akur dan bersetuju sahaja dengan pendapat seperti itu. Tapi yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa keadaan seperti itu pada masa jangka panjang akan melahirkan sesebuah generasi yang kurang kreatif dan kurang memiliki kemahiran berfikir kerana terbiasa dengan soalan dan jawapan yang serba tunggal, serupa, dan seragam, serta pada akhirnya takut mengedepani realiti sosial yang kompleks dan perspektif yang pelbagai.

Mengikut pendapat (Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman dalam buku terbarunya (2007) yang mendedahkan konflik kuasa di antara Kesultanan Johor dan Pahang pada abad ke-19, elok juga diambil kira oleh guru-guru sejarah dan murid-murid sekolah, apabila beliau menyatakan bahawa: “Namun, bagaimana beratpun pendedahan sejarah sebenar tentang latarbelakang tragedi perpecahan […] anggaplah ia sebagai ubat yang pahit. Walau pahit, perlu ditelan kerana itulah sahaja caranya supaya kita, sebagai generasi kemudian dapat mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Ambillah sebagai tauladan mana yang baik, dan sempadan mana yang buruk. Jangan diulangi lagi kesilapan leluhur bangsa kita” (ms.185).

Kongsi Pengalaman dalam Mengajar Sejarah di Indonesia

Mungkin bijak juga kalau guru-guru di Malaysia berkongsi pengalaman dengan guru-guru sejarah di Indonesia. Sebaik sahaja kerajaan Orde Baru diruntuhkan oleh gerakan Reformasi pada 1998 maka tiada lagi sesebuah yang wujud selain “kebebasan” itu sendiri. Pada masa Orde Baru (1965-1998), negara Indonesia telah diiktiraf – mengikut pendapat Prof. Taufik Abdullah (2001), ahli sejarah terbilang daripada Indonesia – sebagai greedy-state (negara-serakah), bukan nation-state (negara-bangsa), kerana ianya menguasai dan mengkooptasi semua sektor kehidupan (politik, ekonomi, keselamatan, budaya, dan lain-lainnya), termasuklah membuat dan membagi tafsir tunggal terhadap sejarah sebagai memori kolektif negara-bangsa. Pendek kata, kebebasan dan kreativiti yang dinamik tidak wujud pada masa Orde Baru itu. Semua sektor kehidupan masyarakat dan negara diarah, ditaja, dan dikawal oleh kerajaan.

Kesan daripadanya adalah bahawa, khasnya guru-guru sejarah di peringkat sekolah, kurang memiliki wawasan yang lapang serta minda yang terbuka mengenai fakta sejarah dan pelbagai tafsir dalam pensejarahan. Justeru itu, pelajaran sejarah menjadi benda mati, kurang seronok, dan tidak melatih murid-murid untuk memiliki critical thinking in history, apatah lagi terbiasa dengan pendedahan dan pengkajian isu-isu kontroversi di dalam sejarah.

Kini, di era Reformasi, guru-guru sejarah di Indonesia lazim dan biasa sahaja kalau mengedepani soalan-soalan yang musykil seperti: “Cikgu, betulkah PKI (Parti Komunis Indonesia) itu merupakan satu-satunya dalang di sebalik peristiwa G-30-S (Gerakan 30 September) 1965, yang ekoran daripadanya ramai mangsa terbunuh antara 500,000 hingga 1 juta orang? Bagaimana dengan pelakon-pelakon sejarah yang lain seperti Soekarno, Soeharto, CIA (perisikan Amerika Syarikat), dan lain-lainnya, bukankah mereka juga terbabit?”

Guru-guru sejarah di Indonesia amnya akan tersenyum simpatik mengedepani soalan seperti itu, dipuji dan dibesarkan hatinya murid yang bertanya itu, dan kemudiannya menjawap dan menjelaskan mana-mana soalan itu dengan fakta dan data yang lengkap serta hujah-hujah yang meyakinkan.

Kami kurang pasti, apa yang boleh berlaku apabila guru-guru sejarah di Malaysia dicabar oleh murid-murid di bilik darjah dengan soalan: “Cikgu, pohon dedahkan dan huraikan kepada kami, apa yang berlaku sebenar mengenai peristiwa 13 Mei 1969 itu? Betulkah itu berpunca setakat daripada masalah perbezaan dan ketidakadilan ekonomi? Wujudkah faktor atau dalang (master mind) lain di sebalik peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia itu?” Atau cuba ambil kira juga soalan pelajar yang cerdik dan pandai daripada negeri Sabah atau Serawak ini: “Cikgu, mana-mana yang betul mengenai hari kemerdekaan negara-bangsa Malaysia ini, tarikh 31 Ogos ke atau 16 September?”.

Kami yakin dan percaya, kalau soalan-soalan musykil itu wujud pada tahun 1960/1970-an, selepas saya membaca buku Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh, Warna-warna Pengalaman Seorang Guru (1993), mungkin murid itu akan terkena hukuman “rotan dan saman”. Atau seperti yang saya tengok sendiri baru-baru ini (tahun 2007) di TV Malaysia, seorang Menteri daripada Jawatan Perdana Menteri dalam majlis persidangan di Parlemen berani berucap melampau: “Bodoh dia orang, hei kamu bodoh”.

Kesan yang berlaku adalah, apabila ianya di bilik darjah, sudah pasti murid akan takut memberi soalan dan takut pun memberi jawapan yang berbeza daripada gurunya. Pendek kata, realiti dan perspektif itu seolah-olah berwujud tunggal. Oleh itu, kita pun setakat memerlukan jawapan dan pandangan yang serupa, tunggal dan seragam, serta akhirnya meminggirkan kepelbagaian dan warna-warna kehidupan.

Akhir Sekali

Walau bagaimanapun, semua orang amnya akur dengan pendapat bahawa pembangunan ekonomi, fasiliti dan infrastruktur serta stabiliti dan keselamatan di Malaysia ini sangat baik, bahkan sudah pun bertaraf antarabangsa. Namun hasrat dan matlamat untuk membina “warga negara dan minda kelas pertama” masih terus berproses dan menghala kepada matlamat itu, dengan memberi tumpuan pada pembangunan di bidang pendidikan.

Negara Malaysia, kami pikir, sudah berada pada jalan yang betul (in the right track) dan patut dicontohi oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara, khasnya Indonesia, didalam pembinaan pendidikan sebagai pelaburan bagi mempertingkatkan kualiti modal insan di masa hadapan. Tapi memang, kalau boleh, mestilah pendidikan yang bercorak memerdekakan sikap, merangsang minda dan mencungkil bakat kreativiti murid-murid sebagai generasi belia yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Dalam konteks kebebasan dan kreativiti, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda bahawa perbezaan pendapat itu adalah sesebuah rahmat, bukan musibah. Dan kita pun akur dan bersetuju dengan pendapat ahli sains sosial dan kemanusiaan di Malaysia bahawa bangsa yang dewasa dan bertamadun adalah bangsa yang terbiasakan dengan perbezaan di dalam pandangan, pendapat dan paradigma (Shamsul A.B., 2000; dan Abdul Rahman Embong, 2006).

Sememangnya, kreativiti itu tidak datang bergolek dan wujud kerana diarah sahaja. Ianya boleh wujud dalam persekitaran yang dinamik, sama ada di peringkat persekolahan, kehidupan masyarakat ataupun bernegara. Walau bagaimanapun, kami ikut berbangga dan kagum bahawa Malaysia Boleh, iaitu boleh menjadi negara maju, sejahtera, moden dan demokrasi mengikut cara dan acuannya sendiri. Wallahu’alam.

===

Nota campur: Rencana ini merupakan ringkasan daripada Kertas Kerja yang pernah dibentangkan dan dibincangkan dalam Persidangan Antarabangsa yang diterajui oleh ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, pada bulan November 2009.

Sri R. Rosdianti, S.Pd. ialah Cikgu Sejarah di Sekolah Menengah Vokasional Kebangsaan (SMK Negeri 9) Bandung; manakala Andi Suwirta, M.Hum. ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan Pengajian Sosial, Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi terus dengan alamat emel: [email protected] dan [email protected]

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here