Dari Sorong ke Raja Ampat: Satu Destinasi Cantik dan Tak Terlupakan

0
157

Agenda SSB (Seminar Sambil Berlayar) dari bandar Sorong ke Raja Ampat di Papua Barat, Indonesia, pada hari Isnin hingga Jumaat, tarikh 10-14 Julai 2017, dah berjaya dilaksanakan. Agenda SSB yang dianjur oleh pihak ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung itu juga sempena menjayakan program BRIMAN (Brunei Darussalam, Indonesia, and Malaysia Academics Network).

Mengikut Rais Am ASPENSI, Andi Suwirta, agenda SSB sememangnya dah lama dirancang dan alhamdulillah, dalam perlaksanaan, ianya diikuti oleh ramai pensyarah dan cikgu dari tiga negara IMB (Indonesia, Malaysia, dan Brunei Darussalam). Agenda SSB pulak nak disambung secara berterusan, setakat destinasinya sahaja yang bertukar, kata Andi, yang juga sorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Kejayaan menganjur agenda SSB juga kerana kerja kuat daripada Pengetua AJK (Ahli Jawatan Kuasa), yang diterajui oleh Dr. Ismail Suardi Wekke, sorang Pensyarah Kanan di STAIN (Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri) Sorong, Papua Barat, Indonesia. Mengikut Iswekke, menganjur agenda SSB bukan senang, ianya perlu perancangan yang matang, memandangkan banyak faktor yang bila tidak dikira dengan betul akan menjejaskan sesebuah agenda dan aturcara.

“Bertuah dan alhamdulillah, masa peserta SSB berlayar ke pulau-pulau di Raja Ampat, cuaca sangat cerah dan bersahabat. Bila hujan dan ombak lautan menggelora, habis dah, kita tak boleh, samada pergi mahupun balik daripada Raja Ampat”, kata Iswekke, yang juga Ahli Pengerusi ASPENSI di Bandung.

Agenda SSB memang menyeronokan. Selepas ketibaan rombongan di hari Isnin, 10 Julai 2017, peserta mengadakan majlis makan malam di Hotel Belagri Atas, dengan aturcara Kata Aluan dari perwakilan tiga negara dan perkenalan daripada ahli-ahli SSB yang ikut serta. Sebagai makluman, daripada ahli rombongan yang dijangka seramai 50 peserta, hakikatnya setakat 37 peserta sahaja yang boleh menyertai agenda SSB. Manakala peserta yang bakinya terhalang dan gagal menyertai, yang berpunca dari pelbagai faktor, sama ada: lewat berlepas pesawat (Rahman, Dede Sugandi, dan Isah Cahyani); sakit atau sibuk dengan pentadbiran (Setia Gumilar, Leli Yulifar, Retty Isnendes, Sulasman, Zakir Nain, Ramlee Mustapha, Ely Resli, dan Farida Warga Dalem); dan masalah passport (Ismail Ali dan Mosli Tarsat).

Pada hari Selasa pagi, 11 Julai 2017, selepas Sarapan di Hotel, peserta check out dan terus pergi ke STKIP (Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan) Muhammadiyah di bandar Sorong untuk mengikuti persidangan, dengan ucaptama Prof. Dr. Haji Endang Komara daripada Indonesia. Majlis persidangan berjalan lancar dan menyeronokan, ekoran mendapat sambutan dan layanan yang memberangsangkan, dengan makan minum secara percuma, daripada Pimpinan STKIP Muhammadiyah Sorong.

Selepas majlis persidangan, pada tengah hari, peserta SSB terus pergi ke Pelabuhan Sorong, untuk menaiki kapal Fery dan berlayar menuju Pelabuhan Raja Ampat. Berlayar memerlukan masa dua jam, dan peserta ketibaan di Pelabuhan Raja Ampat pada masa sudah petang. Peserta terus pergi ke Cotage di Raja Ampat untuk persediaan aturcara esok, iaitu pergi berlayar dan pusing-pusing pulau di Raja Ampat, yang dikenali sebagai destinasi pelancongan terbilang di serata dunia.

Masa yang dinanti tiba. Pada hari Rabu, 12 Julai 2017, peserta SSB dengan menggunakan tiga buah Speed Boat laju berlayar ke pulau-pulau di Raja Ampat. Hari baik dan cuaca pun cerah. Peserta SSB boleh berlayar dengan mamakan masa 4 jam pergi dan 4 jam lagi balik. Peserta SSB singgah di sebuah pulau untuk rehat sejenak, sambil menengok penduduk jati pulau berkenaan dan persekitaran yang semula jadi dan cantik.

Dalam pukul 11.00, menjelang tengah hari, peserta SSB tiba di pulau utama Raja Ampat. Peserta kena mendaki ke bukit, melalui tangga yang panjang, untuk melihat dari atas bukit mengenai keindahan dan kecantikan pulau-pulau di Raja Ampat. Inilah destinasi pelancongan yang tebilang dan dihasrati oleh sesiapa sahaja di serata dunia. Tidak kurang daripada dua Presiden Republik Indonesia, iaitu Susilo Bambang Yudhoyono dan Joko Widodo, juga datang dan tengok terus kecantikan persekitaran semulajadi dan alam indah daripada pulau-pulau di Raja Ampat.

Peserta SSB tak membuang masa untuk tangkap gambar, sama ada persendirian mahupun berpasukan, dengan latar belakang pulau-pulau di Raja Ampat yang cantik dan menawan.

Alhamdulillah, dah sampai dah ke satu kawasan dan destinasi yang dihasratkan, dan subhanalallah cantiknya pemandangan” adalah ayat-ayat yang kerap diperkatakan oleh ahli-ahli rombongan SSB, sama ada daripada Indonesia mahupun daripada Malaysia dan Brunei Darussalam.

Selepas berpuas hati melihat pemandangan yang indah dan cantik dari atas bukit, peserta SSB turun semula untuk makan tengah hari dan rehat. Makan tengah hari pula terasa sedap sangat, dengan minum air kelapa muda, yang dijual oleh penduduk jati dalam kedai-kedai yang sederhana di pulau utama Raja Ampat. Selepas makan tengah hari, peserta SSB pun bersedia untuk balik semula dengan masa berlayar sama, iaitu 4 jam.

Dalam berlayar untuk balik semula, kami singgah di satu pulau yang cantik pula, dengan pasir putih nampak di serata pulau berkenaan. Peserta SSB turun daripada Spead Boat masing-masing, menjejakan kaki di pulau pasir putih, tangkap gambar, dan bahkan ada mandi sehingga basah kuyup di pulau berkenaan. Sekali lagi, peserta SSB mengagumi kecantikan persekitaran dan alam pulau-pulau di Raja Ampat.

Begitu pulak masa peserta SSB singgah ke pulau Arborek, satu destinasi yang kaya dengan ikan laut dan terumbu karang di persekitaran laut pulau berkenaan. Kami rehat sejenak untuk sembahyang Zohor dan Ashar, juga sambil melepak dan berbual mengenai kecantikan alam dan persekitaran semulajadi di pulau-pulau di Raja Ampat.

Peserta SSB tiba dengan selamat di Pelabuhan Raja Ampat dalam pukul 5 petang. Kami terus pergi Cotage untuk rehat, memandangkan esok hari, kami nak menganjur majlis persidangan di Dewan YAPIS (Yayasan Pendidikan Islam) Cawangan Raja Ampat. Tapi sebelum rehat di Cotage, peserta SSB pun mengadakan majlis makan malam, dengan dihubur oleh nyanyian Karaoke, sehingga ahli-ahli rombongan SSB boleh berjoged bersama dengan gembira dan menyeronokkan.

Hari Kamis pagi, tarikh 13 Julai 2017, peserta SSB menghadiri majlis Persidangan di Dewan YAPIS Cawangan Papua, dengan ucaptama Prof. Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah daripada Brunei Darussalam. Peserta SSB juga boleh berkenalan dan temuramah dengan Pengerusi YAPIS, yang mana kami boleh membagi derma, sama ada dalam bentuk wang Rupiah Indonesia, Ringgit Malaysia, mahupun Dollar Brunei Darussalam, kepada Jabatan YAPIS, yang telah ditubuhkan sejak tahun 1968 untuk kepentingan pendidikan dan matlamat dakwah Islam di Negeri Papua, Indonesia.

Selepas majlis persidangan, makan tengah hari, dan sembahyang Zohor di mesjid YAPIS, peserta SSB pergi ke Pelabuhan Raja Ampat untuk berlepas ke Pelabuhan Sorong. Kapal Fery yang kami tumpangi, kali ini, sangat selesa dengan ekon dan fasiliti kapal yang baru. Kami boleh melepak, berbual, dan rehat pun di atas kapal, memandangkan masa ditempuh dalam berlayar adalah dua jam lebih.

Sebaik sahaja kami tiba di Pelabuhan Sorong, kami diambil terus oleh Bas Kampus STKIP Muhammadiyah Sorong untuk dibawa ke Hotel Belagri Bawah di bandar Sorong. Pada malam hari, sebelum rehat, kami pusing-pusing bandar Sorong untuk mencari dan membeli Cinderahati khas Sorong, macam: Batik Papua, Koteka (sarong untuk butuh lelaki Papua), kek Sorong, dan sebagainya.

Hari Jumaat, tarikh 14 Julai 2017, peserta SSB meninggalkan bandar Sorong dan balik ke negara masing-masing. Terima kasih pihak AJK SSB dari Sorong ke Raja Ampat dan Pengerusi ASPENSI di Bandung yang dah melayan dan menganjur agenda akademik dan silaturahmi yang menyeronokan. Harap boleh jumpa semula dalam Agenda SSB masa hadapan, iaitu dari Brunei Muara ke Labuan di Negeri Dibawah Bayu, Sabah, Malaysia, pada bulan Julai 2018. Insha Allah. [MAS]

Nota Campur:

Senarai Peserta SSB dari Sorong ke Raja Ampat di Papua Barat, Indonesia

Daripada Indonesia (alfabetik):
1. Aan Hasanah, M.Pd. (UNSUR Cianjur).
2. Andi Suwirta, M.Hum. (UPI Bandung).
3. Budihartono Ismail, Dr. (YAPIS Papua Barat).
4. Charles Tapile (UNTAD Palu).
5. Dadang Iskandar, Dr. (UNPAS Bandung).
6. Dinn Wahyudin, Prof. Dr. Haji (UPI Bandung).
7. Sri Dwi Ratnasari, M.Pd. (STKIP-PGRI Pacitan).
8. Endang Komara, Prof. Dr. Haji (STKIP Pas Cimahi).
9. Helmawati, Dr. (UNINUS Bandung).
10. Huriah Rachmah, Dr. (STKIP Pas Cimahi).
11. Iis Ristiani, Dr. Hajah (UNSUR Cianjur).
12. Ismail Suardi Wekke, Dr. (STAIN Sorong).
13. Martini, M.Pd. (STKIP-PGRI Pacitan).
14. M. Dien Majid, Prof. Dr. Haji (UIN Syahid Jakarta).
15. Mukodi, Dr. (STKIP-PGRI Pacitan).
16. Nyonya Dadang Iskandar (UNPAS Bandung).
17. Nyonya Purwadhi (Univ. BSI Bandung).
18. Purwadhi, Dr. (Univ. BSI Bandung).
19. Rudy Gunawan, Dr. (UHAMKA Jakarta).
20. Siti Maryam, Dr. Hajah (UNSUR Cianjur).
21. Sri Iriyanti, M.Pd. (STKIP-PGRI Pacitan).
22. Sri Redjeki Rosdianti, M.M.Pd. (SMP Labschool UPI Bandung).
23. Tatat Hartati, Dr. Hajah (UPI Bandung).
24. Tati Heriati, Dr. (UNPAS Bandung).
25. Maman Abd Rahman, Prof. Dr. Haji (UPI Bandung).

Daripada Malaysia (alfabetik):
26. Abd Hakim Mohad, Dr. (UMS Kota Kinabalu).
27. Ishak Saat, Prof. Dr. (UPSI Tanjong Malim).
28. Nazarudin Zainun, Dr. (USM Pulau Pinang).
29. Ramli Saadon, Dr. (UPSI Tanjong Malim).
30. Rohizani Yaakub, Prof. Madya Dr. (USM Pulau Pinang).
31. Mohd Amir Abd Rahman (USM Pulau Pinang).

Daripada Brunei Darussalam (alfabetik):
32. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Prof. Madya Dr. (UBD BS Begawan).
33. Awang Haji Asbol bin Haji Mail, Prof. Madya Dr. (UBD BS Begawan).
34. Muhammad bin Pengiran Haji Damit, Dr. Haji (UBD BS Begawan).
35. Sulaeman bin Haji Duraman, Dr. Haji (UBD BS Begawan).
36. Tahir bin Haji Berudin, Dr. Haji (UBD BS Begawan).
37. Tassim bin Haji Abu Bakar, Dr. Haji (UBD BS Begawan).

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here