IKALA SMPN 2 SKI: Satu Himpunan Alumni Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan 2 Sukamandi Telah Ditubuhkan

0
165

Hari Ahad, tarikh 23hb April 2017 adalah saat bersejarah, memandangkan pada hari bulan kerkenaan telah ditubuhkan satu perhimpunan yang dipanggil IKALA SMPN 2 SKI (Ikatan Alumni Lintas Angkatan Sekolah Menengah Pertama Negeri 2 Sukamandi). Para Alumni yang berhimpun dalam pertubuhan tersebut mendeklarasikan saat bersejarah di Ciater, satu kawasan pelancongan yang terbilang di Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Dalam mesyuarat untuk menubuhkan IKALA SMPN 2 SKI telah ditetapkan Pengerusi sebagai berikut: (1) Nia Kurniasih selaku Penaung; (2) Andi Suwirta selaku Rais Am; (3) Mamuri selaku Setia Usaha Agung; (4) Ati Sumiati selaku Bendahari Am; dan (5) Yuyun Dwi Yuniastuti selaku Bendahari Usahawan. Pengerusi IKALA SMPN 2 SKI julung ini amnya berasal daripada Angkatan 1980, yang mana ianya nak bertukar pada setiap tahun oleh Angkatan berikutnya.

Mengikut Nia Kurniasih, bekas cikgu Bahasa Indonesia di SMPN 2 SKI, matlamat pertubuhan ini adalah untuk membina silaturahim dan memperkasakan persaudaraan diantara Alumni Lintas Angkatan, dari mulakan Angkatan 1980 hingga Angkatan 1990.

“Bukan senang menubuhkan perhimpunan ni. Apatah lagi ini pertubuhan yang ahli-ahlinya merentasi Angkatan. So, kami kena kerja kuat, memastikan bahawa perhimpunan ini ada gunanya, serta bertolak-ansur kepada para ahli yang nak berhimpun”, kata Nia Kurniasih yang sekarang duduk di Bandung.

Manakala Andi Suwirta, Rais Am IKALA SMPN 2 SKI, menyatakan bahawa dengan ditubuhkannya perhimpunan ini adalah satu lakaran sejarah dengan nota emas, memandangkan ini adalah kali pertama satu perhimpunan Alumni Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan yang merentasi Angkatan berjaya ditubuhkan.

“Kami nak kejayaan ini berterusan, tidak setakat diterajui oleh Angkatan 1980, selaku Alumni Julung di SMPN 2 SKI, tapi juga oleh Angkatan-angkatan berikutnya hingga Angkatan 1990. Bahkan kami juga menggesa supaya Angkatan 1991-2000 dan Angkatan 2001-2010 pun boleh menubuhkan perhimpunan serupa”, kata Andi Suwirta yang sekarang kerjayanya selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung.

Sememangnya, sebelum IKALA SMPN 2 SKI ditubuhkan, ianya telah dilaksanakan satu aktiviti SSJSP (Silaturahmi Sambil Jalan Sehat Pagi) Alumni SMPN 2, pada hari Ahad, tarikh 19hb Mac 2017, di Sukamandi. Mengikut Ade Wahyu Wibisana, salah seorang AJK (Ahli Jawatan Kuasa) SSJSP, dari aktiviti inilah kemudiannya wujud satu idea dan cadangan untuk menubuhkan IKALA SMPN 2 SKI.

Agenda lain yang dah dan nak dilaksanakan oleh IKALA SMPN 2 SKI adalah membuat T-Shirt untuk para Ahli. Mengikut Yuyun Dwi Yuniastuti, Bendahari Usahawan IKALA, dah seramai 150 ahli IKALA SMPN 2 SKI yang menempah dan membayar T-Shirt. Dan T-Shirt yang bermottokan “We are Proud as the Alumni of Public Junior High School 2 Sukamandi, Subang, West Java, Indonesia” ini pulak nak digunakan dalam aktiviti TALAS JASS (Temu Alumni Lintas Angkatan Sambil Jalan Sehat dan Silaturahmi) di Dataran Kabupaten Subang, pada bulan Julai 2017, selepas Raya.

Kad Pengenalan pulak adalah satu agenda daripada Pengerusi IKALA pada tahun 2017. Mengikut Setia Usaha Agung IKALA SMPN 2 SKI, Mamuri, Kad Pengenalan ini dibuat secantik mungkin, macam kad ATM, dan ianya berlaku hingga bila-bila masa, selama Alumni berkenaan masih hidup. Oleh itu, Mamuri bercadang, supaya semua Ahli IKALA mahukan menghantar CV (Curriculum Vitae) Rengkas dan gambar terkini sekali, untuk keperluan pembuatan Kad Pengenalan IKALA.

Peruntukan IKALA SMPN 2 SKI untuk menjayakan aktiviti dan agendanya adalah berasal daripada yuran sukarela para Ahli. Mengikut Ati Sumiati, Bendahara Am IKALA, berasaskan pada hasil mesyuarat Pengerusi IKALA SMPN 2 SKI disepakati bahawa yuran para Ahli IKALA saban bulan per Angkatan adalah minima IDR 100,000 (seratus ribu Rupiah Indonesia). Pengerusi IKALA pula nak merayu kepada mana-mana pihak, khasnya Alumni yang berjaya, untuk menjadi Penaja Agenda IKALA SMPN 2 SKI pada masa hadapan.

Harap pertubuhan IKALA SMPN 2 SKI maju jaya hingga bila-bila masa. (MAS)

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here