Buku “Revolusi Indonesia dalam News and Views” Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia

0
418

Penerbit Ombak di Yogyakarta, pada bulan Ogos 2015, dah berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk Revolusi Indonesia dalam News and Views: Sebuah Antologi Sejarah. Buku berkenaan ditulis oleh Andi Suwirta, M.Hum., sorang pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan Sains Sosial UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung.

Mengikut Pengarah Penerbit Ombak, M. Nursam, buku tersebut nak dilancar sempena meraikan 70 tahun Kemerdekaan Indonesia. Dalam perancangan aturcara pelancaran buku, nak berperan selaku pengadil perbincangan ialah Didin Saripudin, Ph.D., alumni UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) yang kini berkhidmat di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI Bandung; dan selaku pembentang untuk mengulas dan menilai buku berkenaan, selain penulis buku persendirian, ialah Prof. Dr. Haji Endang Komara, sorang pensyarah kanan yang sekarang berkhidmat selaku Naib Canselor STKIP (Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan) Pasundan di Cimahi, Jawa Barat dan Setiausaha Panel Pakar ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung.

“Kami mahukan meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-70 tahun 2015 ini, dengan menganjur satu aktiviti akademik, iaitu melancar buku yang bersabit dengan isu kemerdekaan, kemajuan, dan kesejahteraan bagi bangsa Indonesia”, kata Nursam.

Buku ini nampak seronok kandungannya, sebab ditulis oleh pensyarah yang ada mengambilberat penyelidikan mengenai media massa, khasnya akhbar, pada masa revolusi Indonesia. Mengikut Nursam pula, penulis buku tersebut (Andi Suwirta) memang ada kepakaran mengenai media massa, memandangkan Thesis Master beliau masa sambung pengajian di Program Pascasiswazah UI (Universiti Indonesia) Jakarta, pada tahun 1996, juga diterbit oleh Balai Pustaka di Jakarta pada tahun 2000, yang bertajuk Suara dari Dua Kota: Revolusi Indonesia dalam Pandangan Surat Kabar Merdeka (Jakarta) dan Kedaulatan Rakyat (Yogyakarta), 1945-1947.

Berikut adalah rengkasan daripada buku Revolusi Indonesia dalam News and Views (dalam Bahasa Indonesia):

Revolusi Indonesia dalam News dan Views.cover.07.08.15.ok2“Buku tentang Antologi Sejarah pada masa revolusi kemerdekaan Indonesia ini, berupa aneka kejadian dalam sajian berita dan pandangan media massa, bolehlah dikategorikan ke dalam genre Sejarah Konvensional. Peristiwa demi peristiwa disajikan kembali, dengan harapan akan mendapatkan pemahaman yang kaya dan berharga bahwa revolusi Indonesia adalah fenomena sejarah yang menampilkan wajah beraneka.

Media massa, dalam hal ini surat kabar, adalah saksi subjektif tentang peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pada zamannya. Dikatakan “subjektif” sebab news and views sebuah media massa akan dipengaruhi oleh banyak faktor; dan menjadikan wacana yang disajikannya pun tidak berdimensi tunggal, melainkan beragam. Tugas peneliti dan pengkaji adalah untuk mencari tau mengapa terjadi keragaman sajian berita dan pandangan pada media massa. Dengan begini akan bisa dipahami, mengapa satu peristiwa dan fenomena sejarah yang sama mendapatkan pandangan dan tanggapan yang berbeda-beda.

Demikian halnya juga pada masa revolusi kemerdekaan Indonesia, media massa—khususnya surat kabar—memberikan pandangan dan tanggapan yang berbeda-beda sejalan dengan faktor-faktor yang memengaruhinya. Dengan demikian, buku ini bertujuan untuk memahami revolusi Indonesia dalam pandangan dan tanggapan media massa yang berbeda-beda”.

Tahniah dan syabas kepada Penerbit Ombak di Yogyakarta, kerana dah berjaya menerbitkan sebuah buku yang kritikal, sempena meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-70 pada tahun 2015 ini. [MAS].

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here