Minda Masagi Press Menganjur Bengkel Pentadbiran Jurnal Akademik di UNIKU Kuningan, Jawa Barat, Indonesia

2
203

Minda Masagi Press, selaku badan penerbit milik daripada pertubuhan ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung nak menganjur bengkel bersabit isu pentadbiran jurnal akademik di Kampus UNIKU (Universiti Kuningan), di bandar Kuningan, Jawa Barat, Indonesia, pada hari Sabtu, 27hb September 2014. Program bengkel ini merupakan kongsi dan usaha sama antara pihak Minda Masagi Press di Bandung dengan pihak FKIP (Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan) UNIKU dan Urusetia Jurnal English Review, yang juga diterbit oleh Jabatan Pendidikan Bahasa Inggris di FKIP UNIKU Kuningan.

Mengikut encik Fachrus Zaman Fadhly, selaku Pengetua Sidang Pengarang Jurnal English Review, majlis bengkel ini mahukan dibuka secara rasmi oleh Rektor UNIKU, Dr. Haji Iskandar Daeng Pasya, dan diikuti oleh ramai pensyarah, sama ada daripada UNIKU Kuningan sendiri mahupun pensyarah daripada mana-mana IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Kuningan, Cirebon, Ciamis, dan Majalengka.

“Objektif daripada bengkel ni, kita nak pensyarah pada mana-mana IPT celik minda dan punya keupayaan dalam mentadbirurus jurnal akademik, memandangkan ianya sangat kritikal bagi kerjaya mereka selaku pensyarah dan penyelidik”, kata Fachrus, yang juga ialah pensyarah di FKIP UNIKU Kuningan dan pengerusi IKA UPI (Ikatan Keluarga Alumni, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung.

workshop.jurnal.aspensiDalam majlis bengkel berkenaan, pihak urusetia nak menjemput secara khas encik Andi Suwirta, M.Hum., Rais Am ASPENSI di Bandung dan pentadbir jurnal-jurnal akademik yang diiktiraf oleh Ditjendikti Kemdikbud RI (Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia), iaitu jurnal SOSIOHUMANIKA yang bertaraf kebangsaan Indonesia dan rantau Asia Tenggara, serta jurnal TAWARIKH yang bertaraf antarabangsa.

Mengikut encik Andi, yang juga ialah pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI Bandung, mengurustadbir sesebuah jurnal akademik kena ada keazaman dan keikhlasan, memandangkan ianya adalah satu kerjaya akademik yang serius.

“Saya nak kongsi wawasan dan pengalaman dengan para pensyarah di Indonesia bahawa menjadi pengerusi sesebuah jurnal akademik, bila dilaksanakan dengan profesional, adalah satu kerjaya yang menyeronokan”, kata enci Andi, yang memang cekap dalam berbual dalam Bahasa Melayu, memandangkan beliau ni tengah sambung pengajian program doktoral pada salah sebuah IPT Awam di Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada encik Fachrus dan encik Andi, kerana berjaya menganjur bengkel pentadbiran jurnal akademik di UNIKU Kuningan. Kena ingat motto daripada Minda Masagi Press, iaitu “talk less and work more”; serta motto daripada HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) di Indonesia, iaitu “YUS (Yakin Usaha Sampai)”. [MAS]

SHARE

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here