Ranking Universiti di Malaysia Turun, Muhyiddin Dijangkiti Sindrom Penafian

1
159

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2014: Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangkiti sindrom penafian bahawa kedudukan universiti di Malaysia semakin merudum, kata Biro Mahasiswa KEADILAN, Saifullah Zulkifli.

Kata Saifullah, dasar kerajaan BN (Barisan Nasional) menghalang autonomi universiti dan mengekang kebebasan mahasiswa adalah punca penurunan ranking universiti di Malaysia.

“Muhyiddin tahu sistem pendidikan dan universiti di Malaysia tak mampu capai kedudukan terbaik, kekal di takuk lama dan tiada perubahan.

“Sebab itu dia kata begitu. Muhyiddin dijangkiti sindrom penafian. Tak mahu mengakui bahawa sistem di bawah kementeriannya lemah.

“Apakah jawapan ‘kedudukan ranking universiti tempatan di peringkat dunia bukan asas utama untuk memacu bidang pengajian tinggi negara ke arah kecemerlangan’ wajar datang dari kenyataan Menteri Pendidikan?”, kata Saifullah kepada Keadilandaily.

Kata Saifullah, institusi pendidikan tinggi di negara ini lebih menekankan kepada pembangunan infrastruktur, bukannya meningkatkan keupayaan akademik melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Untuk membangunkan R&D (Research & Development), universiti wajar mempunyai autonomi. Bagaimana mahu menghasilkan penyelidikan akademik yang baik sekiranya kajian-kajian yang dibenarkan hanya bertujuan menyelesakan pemerintah?

“Ugutan dan ancaman kepada ahli akademik, sikap pilih kasih kerajaan menurunkan dana penyelidikan antara perkara yang benar-benar terjadi kepada univerisiti di Malaysia,” tegas Saifullah.

QS Ranking Top Universities bagi tahun 2013/2014 melaporkan, kedudukan universiti utama di negara ini jatuh merudum, antaranya Universiti Malaya di kedudukan 156 (2012) menurun ke-167 (2013) dan Universiti Kebangsaan Malaysa dari 261 (2012) kepada 269 (2013).

saifullah.keadilan.dailyKata Saifullah (gambar), kegagalan universiti di Malaysia diiktiraf di peringkat dunia juga berpunca dari sikap kerajaan dalam pelantikan Naib Canselor dan pentadbir universiti yang cenderung menyokong pemerintah.

“Pelantikan bukannya berdasarkan kebolehan, tetapi kecenderungan politik. Begitu juga penubuhan universiti yang bukannya dengan niat mahu mendidik, tetapi mendapatkan sokongan.

“Jangan hairanlah kalau universiti di Malaysia begitu ramai Profesor Kangkung”, kata Saifullah sinis.

===

Nota kaki: Berita ini terdedah dalam media online milik pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia. Berita asali dan penuh dapat dilayari pula secara terus di: http://www.keadilandaily.com/ranking-universiti-malaysia-turun-muhyiddin-dijangkiti-sindrom-penafian/ [diakses di kaki-bukit Gunung Manglayang, Komp Vijaya Kusuma, Cipadung, Bandung, Indonesia: 11 Mei 2014].

SHARE

1 COMMENT

  1. Baru tau saya, Prof Kangkung di Malaysia itu sama artinya dengan GBHN (Guru Besar Hanya Nama) di Indonesia. Prof di Indonesia tidak banyak karya karena sibuk dengan berbagai jabatan formal. Kalau tidak punya jabatan, Prof di Indonesia malah sakit. He he he.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here