Jurnal SOSIOHUMANIKA dan EDUCARE Dianjur Bersama

0
149

Pada hari Juma’at, tarikh 27hb Disember 2013 yang lalu, telah berlaku peristiwa penting. Dalam konteks sejarah Indonesia moden, tarikh 27 Disember adalah sempena bangsa Indonesia memperolehi pengiktirafan kemerdekaan daripada kerajaan Belanda pada tahun 1949. Tapi dalam konteks sejarah institusi, khasnya bagi pertubuhan ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia), tarikh 27 Disember juga relevan memandangkan telah wujud satu usaha dan kerjasama dalam mentadbir-urus jurnal akademik, iaitu SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, serta EDUCARE: International Journal for Educational Studies.

moa.educareDemikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung ASPENSI, Dr. Anzar Abdullah, semalam (17/1/2014). Mengikut Anzar, yang juga ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) Makassar dan Pengetua Sidang Pengarang Jurnal Antarabangsa TAWARIKH, usaha sama untuk menganjur jurnal akademik itu dimaterai dan dikuatkuasakan mula tahun 2014.

Jurnal SOSIOHUMANIKA-JPSSK dianjur bersama antara Makmal Sejarah dan Budaya UNHAS (Universiti Hasanuddin) di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia dengan UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) di Malaysia; serta diterbitkan oleh Minda Masagi Press, institusi penerbitan milik daripada ASPENSI di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Manakala jurnal EDUCARE-IJES dianjur bersama antara Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UMP (Universiti Muhammadiyah Purwokerto) di Jawa Tengah, Indonesia dengan UMS-KAL di Labuan, Malaysia; serta diterbitkan oleh Minda Masagi Press di Bandung.

aspensi.ums-kal.unhasMasih mengikut Anzar, jurnal-jurnal akademik milik pertubuhan ASPENSI juga mendapat maklumbalas yang memberangsangkan, memandangkan banyak badan pengindex dan pusat sumber, sama ada dari dalam mauhupun luar negara Indonesia, yang mahukan membina usaha sama dan berlangganan jurnal-jurnal berkenaan. Umpamanya: (1) Islamic World Science Citation Center di Tehran, Iran; (2) Universe Digital Library di Kuala Lumpur, Malaysia; (3) MyCITE di Putra Jaya, Malaysia; (4) PERTANIKA Journal of Social Sciences & Humanities di UPM Press, Serdang, Malaysia; (5) Perpustakaan Nasional Republik Indonesia di Jakarta; (6) Pusat Dokumentasi dan Informasi Indonesia LIPI di Jakarta; (7) Perpustakaan Kemendikbud RI di Jakarta; (8) Perpustakaan KITLV di Jakarta; (9) Perpustakaan dan Arsip Daerah Jawa Barat di Bandung, Jawa Barat, Indonesia; (10) Perpustakaan UMP di Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia; (11) Pusat Sumber UMS-KAL di Labuan, Malaysia; (12) Perpustakaan IKIP PGRI Madiun di Jawa Timur, Indonesia; (13) Perpustakaan UMMI Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia; (14) Perpustakaan Jurusan Ilmu Sejarah UNHAS Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia; (15) Google Scholar Citations; (16) ALSAFIRA Science Citation Center; dan (17) Indonesia Publication Index.

Tahniah dan syabas dirakamkan kepada Pengerusi ASPENSI di Bandung, Indonesia. Harap maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here