Jurnal SUSURGALUR Mahukan Dianjur Bersama STAIN Kota Sorong, Papua Barat

1
168

Berita yang menyeronokkan datang daripada tuan Dr. Ismail Suardi Wekke, pensyarah kanan daripada STAIN (Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri) Kota Sorong di Papua Barat, Indonesia. Mengikut tuan Ismail, yang mana beliau ialah juga graduan Ph.D. daripada Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), bahawa pihak STAIN Kota Sorong mahukan kongsi penerbitan jurnal SUSURGALUR. Kongsi dimulakan pada isu Mac 2014 sehigga isu September 2016 masa hadapan.

Sebagai makluman bahawa SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ini mula terbit pada 24hb Mac 2013, sempena memperingati Hari Bandung Lautan Api, sebagai salah sebuah jurnal akademik milik ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia). Mulakan isu September 2013 pula, jurnal SUSURGALUR dianjur oleh para pensyarah daripada APB UBD (Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam) dan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

kampong.ayer.bruneiBersabit dengan agenda kongsi penerbitan dan anjuran bersama jurnal SUSURGALUR, Prof. Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail, pensyarah kanan di Jabatan Sejarah UBD, membuat kenyataan bahawa pihaknya menyokong usaha kerjasama ini dan mengalu-alukan kepada pihak STAIN Kota Sorong agar hasrat ini menjadi terlaksana dengan baik.

“Mentadbir jurnal akademik sememangnya memerlukan modan insan yang berkeupayaan, tekun, rajin, dan celik teknologi maklumat. Pertubuhan ASPENSI dah punya pengalaman dan keupayaan dalam menganjur jurnal yang berkualiti dan boleh terbit berterusan. Oleh itu pihak STAIN Kota Sorong dah betul memilih pihak ASPENSI untuk kongsi penerbitan jurnal akademik”, kata tuan Haji Asbol yang juga beliau adalah Timbalan Sidang Pengarang Jurnal SUSURGALUR.

Sementara itu, puan Sri Redjeki Rosdianti, M.M.Pd., selaku Setiausaha Sidang Pengarang Jurnal SUSURGALUR, mengalu-alukan juga kongsi dengan pihak STAIN Kota Sorong. Mengikut puan Sri, denga kerjasama ini maka semua jurnal akademik yang ditadbir oleh ASPENSI di Bandung dah kongsi, sama ada dengan IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Indonesia mahupun di Brunei Darussalam dan Malaysia.

Sepertimana maklum bahawa sehingga tahun 2013 ini ASPENSI berjaya mentadbir lima jurnal akademik dan dianjur bersama dengan IPT. Selain jurnal SUSURGALUR, keempat jurnal akademik yang dianjur bersama itu contohnya:

SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial & Kemanusiaan, terbit setiap bulan Mei dan November, dianjur bersama oleh UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) Malaysia dan Makmal Sejarah, Jabatan Sejarah UNHAS (Universiti Hasanuddin) Makassar, Indonesia.

EDUCARE: International Journal for Educational Studies, terbit setiap bulan Februari dan Ogos, dianjur bersama Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UMP (Universiti Muhammadiyah Purwokerto) di Jawa Tengah, Indonesia.

TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, terbit setiap bulan April dan Oktober, dianjur bersama Jabatan Pendidikan Sejarah UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) di Makassar, Sulawesi Selatan, Indoesia.

ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, terbit setiap bulan Jun dan Disember, dianjur bersama Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UNSUR (Universiti Suryakancana) di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Pada masa hadapan, pihak ASPENSI juga berhasrat dan punya pelan bagi menerbit jurnal akademik yang baru, namanya NUSANTARA: Jurnal Kajian Dunia Melayu & Indonesia Raya. Mengkut Prof. Madya Dr. Ismail Ali, selaku Pengarah UMS-KAL dan bakal Pengetua Sidang Pengarang Jurnal NUSANTARA, penerbitan jurnal ini sangat penting dan perlu, memandangkan wujudnya ketandusan dalam pengajian bersabit bangsa dan tamadun Melayu.

“Bangsa Melayu adalah hakikat sosio-historis yang wujud pada bangsa-bangsa di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, untuk memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu, termasuklah minda dan bahasa Melayu, kena ada jurnal akademik yang mewacanakan isu Melayu, sama ada isu masa dahulu, isu semasa, mahupun isu masa hadapan”, kata tuan Ismail yang juga ialah Pengetua Sidang Pakar ASPENSI di Bandung.

Tahniah dan maju jaya bagi ASPENSI di Bandung. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here