Rais Am ASPENSI: “Pelajar IPTA Indonesia Kena Celik Akhbar Perjuangan”

1
150

“Bila disusurgalur, sejarah akhbar di Indonesia adalah akhbar perjuangan”. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Andi SUWIRTA dalam bengkel “Training Pers Mahasiswa” yang dianjur oleh Isola Pos di Kampus Bumi Siliwangi, UPI (Universiti Pendidikan Indonesia), Bandung, pada hari Sabtu, 19hb Oktober 2013.

g.kki.airportMengikut SUWIRTA, selaku Ketua Am ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) dan juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI Bandung, pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) kena sadar dengan hakikat dan halatuju akhbar di Indonesia, yakni bahawa mereka yang terbabit dengan kerjaya akhbar ialah mengambil berat dengan pemerihalan idealisme dan patriotisme bagi kemajuan, kesejahteraan, dan kemerdekaan sebenar bangsa Indonesia.

“Saya pikir, pelajar di IPT, samada Awam mahupun Swasta, adalah tunjang dan pelopor daripada perjuangan, khasnya dalam memperolehi kebebasan berpikir, menulis, dan berbicara. Setakat orang yang ada jiwa merdeka sahaja yang memiliki keupayaan untuk berpikir, menulis, dan berbicara secara bebas dan merdeka”, kata SUWIRTA.

Kebebasan media massa di Indonesia sememangnya telah diiktiraf oleh mana-mana negara di serata dunia. Akhbar khasnya, di negara Republik ini, tak boleh dikawal oleh kerajaan, sepertimana pada negara-negara berkambang, sama ada di Asia mahupun di Afrika. Ini adalah satu hakikat sejarah bila kita menengok perjalanan panjang akhbar di Indonesia, kata SUWIRTA.

Bengkel yang dianjur oleh Isola Pos ini dilaksanakan setiap tahun dan mendapat tindakbalas yang memberangsangkan daripada para pelajar yang mahukan belajar menulis, samada dalam membuat berita mahupun rencana, dengan kaedah yang kreatif dan inovatif, serta bebas dan merdeka.

“Pelajar di Indonesia kena celik media, sama ada cetak mahupun elektronik. Tapi yang tidak boleh lupa adalah hakikat bahawa media massa, yang amnya diterajui oleh para pelajar di IPTA, adalah sumber daripada kebebasan, kemerdekaan, kreatifitas, dan perjuangan”, kata SUWIRTA yang juga penulis buku Suara dari Dua Kota: Revolusi Indonesia dalam Pandangan Suratkabar Merdeka (Jakarta) dan Kedaulatan Rakjat (Yogyakarta), 1945-1947 dan diterbit oleh Balai Pustaka di Jakarta pada tahun 2000 ini, mengakhiri syarahan. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here