Jurnal Akademik Milik ASPENSI, SOSIOHUMANIKA, Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Indonesia

9
379

Salah sebuah jurnal akademik milik daripada pertubuhan ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung, iaitu SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan (Journal of Humanity and Social Sciences Education), telah berjaya diiktiraf oleh Ditjendikti (Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi) Kemdikbud RI (Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia) untuk penggal 2013 hingga 2018. Setiausaha Agung ASPENSI, Dr Anzar Abdullah, membuat kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada media massa semalam (Isnin, 2hb September 2013).

7.sem.inter.uvri.makassar.2013Mengikut Anzar, yang mana beliau juga selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) di bandar Makassar, Sulawesi Selatan dan selaku Pengetua Sidang Jurnal akademik antarabangsa, TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, yang juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan, Pengerusi ASPENSI bersyukur kehadirat Allah SWT (Subhanahu Wa-Ta’ala) serta merakamkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Sidang Pengarang Jurnal SOSIOHUMANIKA, memandangkan proses pengiktirafan jurnal di Indonesia bukanlah senang.

“Daripada bilangan jurnal akademik sebanyak 50 di serata Indonesia yang disyorkan kepada Kementerian Pendidikan di Jakarta, setakat 24 sahaja jurnal akademik yang diiktiraf”, Anzar kata dan mencampur bagi sesiapa sahaja yang nak tengok maklumat bersabit pengiktirafan jurnal ni, sila layari secara terus di: http://img.dikti.go.id/wp-content/uploads/2013/09/HASIL-AKREDITASI-TERBITAN-BERKALA-ILMIAH-PERIODE-I-TAHUN-2013.pdf

Seperti sedia maklum bahawa jurnal SOSIOHUMANIKA ni kali pertama terbit pada 20hb Mei 2008, sempena Hari Kebangkitan Nasional di Indonesia. Mula pertama terbit, jurnal SOSIOHUMANIKA dianjur bersama oleh ASPENSI dengan Fakulti Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Kota Kinabalu, dan Program Pascasiswazah UNIPA (Universiti PGRI Adhibuana) di Surabaya. Namun anjuran bersama ni tak berterusan, memandangkan pihak UPI menarik balik kongsi yang dah dimaterai pada tahun 2008 antara Rektor UPI dan Naib Canselor UMS di bandar Bandung.

Walau bagaimanapun, Pengerusi ASPENSI kekal berazam untuk mentadbir jurnal SOSIOHUMANIKA secara profesional. Sebaik sahaja jurnal ni diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan, wujud maklumat yang memberangsangkan bahawa Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) nak pun kongsi semula untuk penggal 2014 sehingga 2017.

Dihubungi secara berasingan melalui talifon bimbit, sama ada Rais Am ASPENSI di Bandung, Andi Suwirta, M.Hum., mahupun Pengarah UMS-KAL di Malaysia, Prof Madya Dr Ismail Ali, berasa gembira dengan pengiktirafan jurnal akademik SOSIOHUMANIKA oleh Kementerian Pendidikan Indonesia.

“Ini satu bukti kukuh bahawa Pengerusi ASPENSI memiliki keupayaan untuk mentadbir jurnal akademik, samada yang bertaraf kebangsaan dan rantau Asia Tenggara mahupun yang bertaraf antarabangsa”, kata Ismail.

Manakala Suwirta pula membuat kenyataan bahawa masih lagi wujud tiga jurnal akademik milik ASPENSI yang nak disyorkan agar boleh diiktiraf oleh Kementerian pada masa hadapan, iaitu EDUCARE: International Journal for Educational Studies; ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan (Journal of Educational Studies); dan SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah (Journal of History Education and Historical Studies).

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi ASPENSI. Harap-harap maju jaya hingga bila-bila masa [MAS]

SHARE

9 COMMENTS

    • Leres pisan, emut keneh abdi mah, harita teh taun 2009, eta Pangagung UPI nalika Rapat di Jurusan, nyebatkeun yen jurnal SOSIOHUMANIKA teh kalebet “jurnal HARAM JADAH”. Kumargi kitu abdi usul ka pihak Redaksi, pami eta Pangagung UPI saparakanca ngintun seratan ka jurnal SOSIOHUMANIKA, kantun diwaler kieu bae, “Hapunten, seratan Saderek kalebet HARAM JADAH, jenten teu tiasa dimuat di jurnal SOSIOHUMANIKA”. Wak wak wak!

  1. Tuan/Puan saya bercadang, harap tulis komen samada dalam BINA (Bahasa Indonesia) mahupun BM (Bahasa Melayu) yang betul. Selain menggunapakai bahasa tersebut, saya pening tujuh pusingan lah!

    • Makanya Awang harus belajar Bahasa Sunda. Bahasa ini digunakan oleh lebih dari 50 juta penduduk di Jawa Barat, Indonesia, dua kali lipat jumlah penduduk di Malaysia yang hanya 25 juta. Jom kena belajar Bahasa Sunda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here