Jurnal SUSURGALUR Dianjur Bersama oleh ASPENSI dan UBD

1
158

Pengerusi ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung berasa teruja dan bangga sangat, memandangkan sebaik sahaja menerima hantaran emel daripada Pengarah PPB UBD (Pusat Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam), Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Haji Tengah, bahwa dimulakan isu September 2013 maka SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah nak dikongsi bersama.

Dalam maklumat yang dihantar melalui emel kepada pihak ASPENSI pada tarikh 14hb Jun 2013 itu, Prof. Ampuan membuat kenyataan seperti berikut:

Saya telah teliti dan mengemaskinikan Draf MOU tersebut.

Diharap Prof Madya Dr Awg Hj Asbol akan dapat pula menyemak draf yang telah saya ubahsuai ini. Jika tidak ada apa-apa bantahan daripada Prof Madya Dr Haji Asbol, maka draf MOU yang saya hantar ini bisa ditindak-lanjuti check out this site.

Untuk pengetahuan pak Andi, saya esok ke UK (United Kingdom) sehingga 23 Jun 2013, dan tidak berkesempatan berbincang dengan Prof Madya Dr Asbol mengenai draf MOU ini sebelumnya. Bagaimanapun, kami telah berbincangan mengenai bayaran dan telah bersetuju mengenainya.

Harap-harap kami bisa dijemput ke Bandung untuk menandatangani MOU tersebut, jika bapak tidak ke Bandar Seri Begawan. Jika bapak berhajat untuk datang ke Brunei dan terus mendatangani MOU tersebut silahkan. Di lain kesempatan, kami pula berkunjung ke Bandung bagi urusan Jurnal ini.

Sila bapak tunggu respon daripada Prof Madya Dr Hj Asbol mengenai MOU yang saya attach kan  ini. Sekian terima kasih”.

Seperti sedia maklum bahawa jurnal SUSURGALUR adalah anjuran daripada pihak ASPENSI di Bandung dan mulakan terbit pada bulan Mac 2013. Dengan kongsi ini maka jurnal SUSURGALUR nak jadi milik bersama dan dianjur oleh pihak ASPENSI di Bandung dan pihak UBD di Bandar Seri Begawan.

Pada ASPENSI pula, kongsi penerbitan jurnal akademik serupa ini bukanlah perkara baru. Jurnal-jurnal lain yang ditadbir oleh ASPENSI dah dikongsi dan dianjur bersama. Umpamanya: SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, dianjur bersama UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) di Malaysia; EDUCARE: International Journal for Educational Studies, dianjur bersama UMP (Universiti Muhammadiyah Purwokerto) di Jawa Tengah, Indonesia; TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, dianjur bersama UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia; dan ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, dianjur bersama UNSUR (Universiti Suryakancana) di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Dihubungi secara berasingan melalui talifon bimbit, Andi SUWIRTA selaku Rais Am ASPENSI berkata bahawa pihak Urusetia Jurnal SUSURGALUR gembira sangat menerima kabar baik ini. Mengikut Andi, yang juga selaku Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, majlis pemateraian MoA antara pihak ASPENSI dan pihak UBD nak dilaksanakan di Bandung.

“Pihak ASPENSI nak menjemput khas Prof. Ampuan dan Prof. Asbol daripada Brunei Darussalam, mungkin pada bulan Julai atau Ogos 2013”, kata Andi dan mencampur bahawa dicadangkan pula agar kedua-dua Prof berkenaan membagi syarahan kepada pelajar-pelajar UPI di Bandung, samada dalam majlis Persidangan Meja Bulat mahupun Bengkel Pentabiran Jurnal.

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi ASPENSI dan Urusetia Jurnal SUSURGALUR. Harap-harap maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here