Urusetia SOSIOHUMANIKA Ikut Bengkel Pentabiran Jurnal Akademik, Anjuran DP2M Ditjendikti Kemdikbud RI

1
124

Pihak urusetia jurnal SOSIOHUMANIKA dijemput oleh Prof. Dr. Agus Subekti, selaku Direktur DP2M Ditjendikti Kemdikbud RI (Direktorat Penelitian dan Pengabdian Masyarakat, Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia), untuk mengikuti bengkel bersabit isu pentadbiran jurnal akademik. Bengkel nak dilaksanakan pada hari Kamis sehingga Sabtu, tarikh 30hb Mei – 1hb Jun 2013, di Hotel Verona Palace, Jalan Surya Sumantri No free online project management.36 Pasteur, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) yang baru, penggal 2013-2018, Dr. Anzar Abdullah, semalam dalam khidmat pesanan rengkas (SMS) kepada pemberita (25/5/2013).

Mengikut Anzar, yang juga ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) Makassar dan Pengetua Sidang TAWARIKH: Inernational Journal for Historical Studies, seramai 52 urusetia jurnal akademik dijemput secara khas dalam majlis tersebut bagi membincangkan “evaluasi kendiri dan tindak lanjut proses pengiktirafan jurnal”.

“Saya pikir ini adalah majlis yang istimewa. Oleh itu, pihak ASPENSI beriltizam untuk menghantar sorang urusetia yang berkeupayaan, samada ianya adalah Pengetua Sidang mahupun Setiausaha Jurnal”, Anzar kata.

Seperti sedia maklum bahawa SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan adalah mulakan terbit pada 20hb Mei 2008, sempena Hari Kebangkitan Nasional di Indonesia. Pada penggal 2008-2010, ianya pernah dianjur bersama antara pihak UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Kota Kinabalu dengan pihak UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung dan juga dengan pihak UNIPA (Universiti PGRI Adibuana) di Surabaya. Jurnal SOSIOHUMANIKA adalah bertaraf rantau Asia Tenggara dengan kertas-kertas boleh mengguna-pakai, samada BI (Bahasa Inggeris), BINA (Bahasa Indonesia), mahupun BM (Bahasa Melayu).

Jurnal SOSIOHUMANIKA pernah merayu proses pengiktirafan kepada pihak DP2M Ditjendikti Kemdikbud RI tahun 2010, tapi belum berjaya memandangkan banyak perkara yang kurang konsisten. Walau bagaimanapun, SOSIOHUMANIKA termasuk jurnal akademik yang diselia oleh Jurnal CAKRAWALA PENDIDIKAN daripada UNY (Universiti Negeri Yogyakarta) dan mendapat peruntukkan daripada pihak DP2M Ditjendikti Kemdikbud RI pada tahun 2012 agar boleh diiktiraf selaku samada “jurnal kebangsaan” mahupun “jurnal rantau Asia Tenggara”.

Dalam pada itu, Prof Madya Dr Ismail Ali, selaku Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) di Malaysia, bahawa pihaknya berminat untuk menyambung semula kongsi penerbitan jurnal SOSIOHUMANIKA. Walau bagaimanapun, mengikut Ismail, jurnal ini ditadbir secara cekap dan profesional oleh pihak urusetia, kerananya boleh terbit mengikut masa secara on time.

“Saya rasa tak banyak jurnal akademik yang boleh terbit secara on time dan berterusan. Di Malaysia, khasnya jurnal-jurnal akademik yang ditadbir oleh IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) selalunya terbit lambat. So, ini berpunca daripada tiada urusetia yang bertindak selaku anchor jurnal berkenaan”, kata Ismail, yang juga ialah Pengetua Sidang Pakar ASPENSI.

Tahniah dan syabas kepada pihak Urusetia Jurnal SOSIOHUMANIKA. Harap-harap boleh diiktiraf samada menjadi jurnal kebangsaan Indonesia mahupun jurnal rantau Asia Tenggara. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

  1. Selamat dan sukses kepada pengelola jurnal SOSIOHUMANIKA. Semoga terakreditasi oleh Ditjen Dikti Kemdikbud RI. Maksud saya, kalau sudah terakreditasi maka saya mau kirimkan tulisan agar bisa dimuat. He3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here