Urusetia TAWARIKH Ikut Bengkel Pengantarabangsaan Jurnal Akademik di Jakarta

0
109

Salah sebuah jurnal yang dianjur bersama oleh ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) dan UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia), iaitu TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, disenarai sebagai jurnal akademik yang dijemput oleh Ditjen Dikti Kemdikbud RI (Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia) dalam majlis bengkel pengantarabangsaan jurnal.

Dr. Anzar Abdullah, selaku Urusetia Jurnal TAWARIKH, berkata semalam (Rabu, 24 April 2013) bahawa majlis bengkel nak dilaksanakan pada hari Juma’at, tarikh 26hb April 2013, bertempat di Jabatan Ditjen Dikti Kemdikbud RI di Jakarta, Indonesia.

“Sebaik sahaja kami bermesyuarat, urusetia jurnal TAWARIKH mufakat untuk mengarah Andi SUWIRTA selaku utusan, memandangkan beliau dah celik minda dan banyak faham bersabit pentadbiran jurnal bertaraf, samada kebangsaan mahupun antarabangsa”, kata Anzar.

Seperti sedia maklum bahawa TAWARIKH adalah jurnal akademik yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan sebagai jurnal kebangsaan yang boleh menghala ke antarabangsa, ekoran bahasa yang digunapakai adalah Bahasa Inggeris, ahli sidang pakarnya daripada pelbagai negara, dan kertas-kertas yang diterbit pula selain berkualiti juga berasal daripada pelbagai pensyarah di serata dunia.

Oleh itu, pihak Ditjen Dikti Kemdikbud RI setakat menjemput jurnal-jurnal akademik yang telah diiktiraf sahaja selaku jurnal kebangsaan yang ada potensi menghala ke antarabangsa. Sebanyak 144 jurnal akademik, termasuklah jurnal TAWARIKH, dijemput khas untuk mengikuti bengkel berkenaan, dengan senarai aturcara untuk membentang dan membincang pemerihalan, seperti berikut:

Dr. Wim Meeleer, “How to be indexed in SCOPUS?”
ISI Thomson Team, “How to be indexed in ISI Thomson?”
DOAJ/DOI Team, “How to be indexed in DOAJ/DOI?”
Dr. Istadi (daripada UNDIP Semarang), “Teknik dan Strategi Pengindeksan pada Jurnal Internasional”.
Lukman (daripada PDII-LIPI Jakarta), “Internasionalisasi Jurnal Ilmiah Indonesia: Harapan dan Tantangan”.
Tim ITB daripada Bandung, “Presentasi dari ITB Journal tentang Internasionalisasi Jurnal”.
Diskusi dan Rekomendasi antara Peserta, Tim Akreditasi, PDII-LIPI, Tim Garuda, dan DP2M Ditjendikti Kemdikbud RI.

Sememangnya, pihak ASPENSI pun memiliki jurnal-jurnal akademik lain yang ada potensi untuk diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan selaku jurnal kebangsaan dan menghala, sama ada ke antarabangsa (umpamanya EDUCARE: International Journal for Educational Studies) mahupun ke rantau Asia Tenggara (umpamanya SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, dan SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah).

Akhir sekali, azam dan kerja kuat untuk mentadbir jurnal secara cekap dan profesional dah dilaksanakan. Harap-harap ASPENSI maju jaya hingga bila-bila masa, khasnya dalam menganjur jurnal-jurnal akademik, sama ada yang bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa. [MAS]

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here