Dijemput Khas: Rais Am dan Bendahari ASPENSI Datang ke Malaysia

4
113

Rais Am ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia), Andi SUWIRTA, dan Bendahari ASPENSI, Sri R. Rosdianti, dijemput khas oleh Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) untuk datang ke Malaysia. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali, selaku Pengarah UMS-KAL.

“Saya menjemput tuan Andi dan puan Sri untuk membincang peluang anjuran penerbitan mana-mana jurnal akademik yang boleh dikongsi antara pihak UMS-KAL dengan pihak ASPENSI”, PM Dr Ismail kata semalam (Isnin, 8hb April 2013).

Mengikut PM Dr Ismail, yang juga ialah Pengetua Sidang Pakar ASPENSI di Bandung dan Pensyarah Kanan Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS di Kota Kinabalu, ianya bercadang menjemput Pengerusi ASPENSI dari tarikh 16hb hingga 20hb April 2013 itu memandangkan pertubuhan tersebut berjaya dalam mentadbir jurnal-jurnal akademik sejak tahun 2008 lagi.

Seperti sedia maklum bahawa sehingga kini, pertubuhan ASPENSI berjaya menganjur jurnal-jurnal akademik seperti: (1) SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, mulakan terbit 20 Mei 2008; (2) EDUCARE: International Journal for Educational Studies, mulakan terbit 17 Ogos 2008 dan anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Muhammadiyah Purwokerto di Jawa Tengah; (3) TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, mulakan terbit 28 Oktber 2009 dan anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Veteran Republik Indonesia di Makassar; (4) ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, mulakan terbit 1 Jun 2011 dan anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Surayakancana di Cianjur; serta (5) SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, mulakan terbit 24 Mac 2013.

Dalam pada itu, Sri R. Rosdianti yang ditemu bual secara terus di pejabatnya menyatakan gembira sangat sempena jemputan khas daripada pihak UMS-KAL. Pada Sri, yang juga ialah cikgu Pendidikan IPS (Ilmu Pengetahuan Sosial) Bidang Sejarah di SMP (Sekolah Menengah Pertama) Labschool UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) Kampus Cibiru di Bandung, jemputan seumpama ini bukan perkara baru bagi ASPENSI.

“ASPENSI dah banyak pengalaman mentadbir jurnal dan kongsi dengan mana-mana pihak bagi anjuran bersama dalam menerbit jurnal. Oleh itu, hasrat daripada pihak UMS-KAL sangat kami alu-alukan”, kata Sri.

Andi pula, yang juga ialah Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, menyatakan bahawa dalam surat jemputan itu sudah diaturcarakan, samada membincangkan deraf pelaksanaan perkongsian jurnal dan membincangkan lawatan sambil belajar UMS-KAL ke Indonesia di masa hadapan mahupun melawat tempat-tempat destinasi pelancongan yang bercorak sejarah dan wujud di wilayah Labuan, Malaysia, seumpama: Chimney Monument, Taman Perang Dunia II, dan Taman Damai (Japanese Surrender Point).

“Bahkan bila wujud keluangan masa, saya nak pergi terus sekali melawat ke UBD (Universiti Brunei Darussalam), memandangkan saya dimaklumkan bahawa setakat 45 minit sahaja guna kapal fery daripada Labuan ke Bandar Seri Begawan”, kata Andi yang juga ada ramai kawan pensyarah di UBD.

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi ASPENSI. Harap-harap maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

4 COMMENTS

  1. Tah nu kieu euy “studi banding” ne bener teh, aya hasilna tur jelas tujuanana. Make biaya sorangan deuih. Hayoh ieu mah studi banding ka Luar Nagreg, siga para pangagung ti UPI (Universitas Pelesir Indonesia), majar teh rek nyieun MoU cenah, tapi hasilna nol alias endog badag! Wak wek wok.

  2. Eta Pupuhu Jurusan Sejarah di UPI majar teh mindeng janten Dosen Tamu di universitas di Malaysia, sabari anjeunna teh teu tiasaeun nyarios boh Bahasa Melayu, komo Bahasa Inggris mah. Jigana waktu mere kuliah ka para mahasiswa Malaysia teh, anjeunna sasauran kieu: “Pokoknya, saya tandaskan sekali lagi bahwa yang dibutuhkan oleh mahasiswa adalah kecocokan antara harapan dan kenyataan”.

    Puguh weh mahasiswa Malaysia teh seuri akey-akeyan, atuda kalimah “pokok, tandas, butuh, cocok” mah dina Bahasa Melayu hartosna teh “tangkal, toilet, kanjut kundang, hubungan laki-rabi alias making love tea”.

    Matakna ari ngawadul jeung kabiasaan OMDO teh montong kaleuleuwihi. Bisi kanyaohan modalna ceng!

    • Ya betul pak Ahman. Program pembuatan HANDSBOOK juga OMDO, sementara SPJ nya lancar terus tiap tahun. Banyak SPJ fiktif karena programnya juga fiktif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here