Inilah Calon Rais Am ASPENSI, Penggal 2013-2018

1
163

Sebaik sahaja agenda Pilihan Raya untuk mengundi Rais Am ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung – samada melalui hantaran mele, khidmat pesanan ringkas, mahupun melalui surat – terdedah di dalam website ini, ianya mendapat tindak balas yang memberangsangkan. Ramai ahli ASPENSI yang menyahut maklumat ini dan bersedia untuk mengambil berat dalam Pilihan Raya a la ASPENSI di alaf baru yang berpaksikan teknologi maklumat atau IT (Information Technology).

Pengetua SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ASPENSI, Dra. Tati Agustini Setiawati, membuat kenyataan bahawa mengenal pasti Bakal Calon Rais Am ASPENSI adalah sehingga tarikh 20hb Februari 2013. Daripada Pengerusi ASPENSI yang berhak menjadi Bakal Calon Rais Am, wujud tiga nama sahaja yang membuat maklum balas dan bersedia untuk menjadi Calon Rais Am ASPENSI Penggal 2013-2018. Ketiga-tiga calon berkenaan ialah Prof. Dr. Endang Komara, Andi Suwirta, M.Hum., dan Dr. Anzar Abdullah.

“Oleh itu, dari tarikh 20hb Februari sehingga 20hb April 2013, kami mempelawa dan menjemput semua ahli ASPENSI untuk membuang undi kepada ketiga-tiga Calon Rais Am ASPENSI tersebut, sama ada melalui hantaran emel di: [email protected], khidmat pesanan ringkas ke: +6282 121 593 996, mahupun melalui surat yang dihalatujukan kepada alamat Jabatan ASPENSI”, Tati kata seraya mencadangkan agar semua ahli ASPENSI kena mengambil berat dengan membuang undi secara betul dan jujur.

Bagi memberi gambaran sebenar mengenai Calon Rais Am ASPENSI Penggal 2013-2018, berikut adalah Biodata Ringkas masing-masing calon:

Prof. Dr. Endang Komara ialah Profesor Penuh dan Pensyarah Kanan di STKIP (Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan) Pasundan di Cimahi, Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Beliau ialah pula selaku Ahli Sidang Pakar ASPENSI dengan nombor ahli kad pengenalan: 2052013/ASPENSI/0081. Beliau dilahirkan selaku anak jati Sunda pada tarikh 19hb Julai 1964 di Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia. Jurnal akademik yang beliau langgani adalah EDUCARE: International Journal for Educational Studies, selama 5 tahun (dimulakan isu Februari 2013 hingga Ogos 2017). Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat samada jabatan: Program Studi Magister Pendidikan IPS (Ilmu Pengetahuan Sosial) STKIP Pasundan, Jalan Permana No.32-B Cimahi 40512, Jawa Barat, Indonesia; mahupun alamat rumah: Jalan Solontongan II No.3 RT.01 RW.06, Kelurahan Turangga, Kec. Lengkong, Kota Bandung 40264, Jawa Barat, Indonesia.

Andi Suwirta, M.Hum. ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung. Beliau ialah pula selaku Rais Am ASPENSI penggal 2008-2013, dengan nombor ahli kad pengenalan: 2052006/ASPENSI/0001. Beliau dilahirkan selaku anak jati Sunda pada tarikh 9hb Okober 1962 di Subang, Jawa Barat, Indonesia. Jurnal akademik yang beliau langgani adalah SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, selama 5 tahun (dimulakan isu Mac 2013 hingga September 2017). Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat samada jabatan: Jurusan Pendidikan Sejarah FPIPS UPI, Jalan Dr. Setiabudhi No.229 Bandung 40154, Jawa Barat, Indonesia; mahupun alamat rumah: Komp Kemiri Hill Blok B No.16-17 Desa Cigugur Girang, Kec. Parongpong, Kab. Bandung Barat, Jawa Barat, Indonesia.

Dr. Anzar Abdullah ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah, Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Beliau ialah pula selaku Pengerusi ASPENSI penggal 2008-2013, dengan nombor ahli kad pengenalan: 2052011/ASPENSI/0070. Beliau dilahirkan selaku anak jati Bugis pada tarikh 8hb Jun 1965 di Pulau Kijang, Riau, Indonesia. Jurnal akademik yang beliau langgani adalah EDUCARE: International Journal for Educational Studies, selama 5 tahun (dimulakan isu Februari 2012 hingga Ogos 2016). Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat samada jabatan: Jurusan Pendidikan Sejarah, Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia), Jalan Baruga Raya, Antang, Kampus II, Makassar 90234, Sulawesi Selatan, Indonesia; mahupun alamat rumah: Perumahan Delta Bumi Sudiang Blok E No.24 Sudiang, Jalan Goa Ria, Kec. Biringkanaya, Kota Makassar 90242, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Tahniah dan syabas kepada Calon Rais Am ASPENSI. Siapa sahaja yang boleh memenangi Pilihan Raya ini, pertubuhan ASPENSI kena kekal dan maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

  1. Kami, atas nama Panitia “Vote for Chairperson of ASPENSI” di Bandung, mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada para Anggota ASPENSI yang telah menggunakan hak pilih/suara dengan cara mengirimkan SMS ke nomor HP: +6282 121 593 996. Bagi yang belum menggunakan hak pilih/suaranya, kami tunggu hingga tanggal 20 April 2013.

    Wassalam,
    Dra. Tati Agustini Setiawati
    Ketua Panitia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here