Budak Jalanan yang Terbiar dan Tecicir Kena Diambil Berat oleh Kerajaan

2
118

Sebaik sahaja gerakan Reformasi yang diterajui oleh para pelajar di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) berjaya menghumban Presiden Soeharto pada tahun 1998, maka keadaan ekonomi, sosial, dan politik di Indonesia semakin teruk. Salah sebuah punca daripadanya adalah semakin ramai budak-budak jalanan yang terbiar dan tercicir, sepertimana boleh ditengok bila-bila masa dan pada mana-mana tempat, khasnya di bandar-bandar besar di Indonesia. Bilangan budak jalanan ini sehingga tahun 2012 mencecah 150,000 kanak-kanak yang sepatutnya mereka mendapat layanan pendidikan, samada di sekolah mahupun di keluarga.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Haji Didin Saripudin, Ph.D. dalam Forum LGD (Limited Group Discussion) semalam, Isnin 7hb Januari 2013, di Jabatan kedua ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia), Kemiri Hill Blok B 16-17, Desa Cigugur Girang, Parongpong, Bandung Barat, Indonesia. Turut hadir dalam majlis perbincangan itu ialah Andi Suwirta, M.Hum. (Pengetua ASPENSI), Moch Eryk Kamsori, S.Pd. (Timbalan Pengetua III ASPENSI), Dr. Encep Supriatna (Timbalan Setiausaha Agung ASPENSI), dan Farida Sarimaya, M.Si. (Bendahara Am ASPENSI).

Mengikut Didin, yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, fenomena budah jalanan sememangnya tak setakat wujud di Indonesia. Ianya juga wujud pada mana-mana negara di rantau Asia Tenggara, khasnya yang sedang membangun, seumpama di Philipine, Kemboja, dan Vietnam. Budak jalanan sememangnya kurang wujud di negara-negara macam Singapore, Brunei Darussalam, Malaysia, dan Thailand.

“Kerajaan Indonesia sepatutnya mengambil berat kepada masalah budak jalanan ini dan boleh melakukan tanda aras macam mana di negara-negara jiran, fenomena kanak-kanak yang terbiar dan tercicir ini berjaya dikurangkan”, kata Didin.

Dalam pada itu, Andi Suwirta membuat kenyataan bahawa memang bila kita tengok ketibaan para pelancong luar negara ke bandar Bandung, kita macam malu hati memandangkan di mana-mana traffic light diraikan oleh ramainya budak-budak jalanan.

“Saya dimaklumkan oleh sorang pelancong daripada negara jiran. Kononnya rasa seronok bila datang ke Indonesia, khasnya bandar Bandung, kerana macam terdedah semula kedalam Sejarah Melayu zaman Kesultanan Melaka pada kurun 16 Masihi yang mana ramai orang dengan pelbagai gaya: daripada yang kaya sehingga yang miskin, daripada yang lawak sehingga yang kurang upaya”, Suwirta kata.

Selain sesi perbincangan, Pengerusi ASPENSI pula merancang satu aktiviti untuk menganjur bengkel bersabit penulisan dan pentadbiran jurnal akademik. Majlis bengkel bersabit nak dianjur pada hari Rabu, 23hb Januari 2013, dengan menjemput ahli-ahli ASPENSI, cikgu di SMP (Sekolah Menengah Pertama) dan SMA (Sekolah Menengah Atas), serta para Urusetia jurnal akademik yang ada di UPI.

“Kita nak kongsi pengalaman lah, macam mana boleh berjaya mentadbir jurnal akademik yang berkeupayaan. Walau bagaimanapun, kami dah berjaya mentadbir jurnal antarabangsa TAWARIKH yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan di Indonesia”, Eryk kata menutup perbualan. [MAS]

SHARE

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here