Serang Habibie, Zainudin Berprasangka Keji – Anwar

2
118

KUALA LUMPUR 11 Dis: Tindakan Tan Sri Zainudin Maidin menyerang mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie, membuktikan bekas Ketua Penerangan UMNO (United Malays National Organization) itu berfikiran dangkal dan berprasangka keji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tulisan Zainudin yang disiar akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, semalam.

“Tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.

“Ramai maklum tentang Zainudin: beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia, juga mantan Menteri Penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok tidak sehaluan dengan UMNO sebagai ‘pengkhianat’,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada kenyataan hari ini.

Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari KEADILAN, justeru kata Anwar, rakyat memahami keresahan, dendam, dan motif pemimpin UMNO itu.

“Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan kerana ia tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin hanya sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia,” kata Anwar.

Pada 6 Disember lalu, BJ Habibie atau nama sebenarnya Bacharuddin Jusuf Habibie hadir pada majlis makan malam di Shah Alam anjuran kerajaan Selangor yang turut dihadiri pimpinan KEADILAN.

Habibie yang menjadi Presiden Indonesia ketiga adalah tokoh yang membuka ruang demokrasi di negaranya berbanding zaman Suharto yang memerintah negara jiran itu puluhan tahun.

Beliau digelar “Guru Demokrasi” berikutan banyak perubahan dilakukannya bagi menegakkan demokrasi dan keterbukaan politik termasuk membenarkan kebebasan bersuara termasuk membebaskan media dari kongkongan politik.

Beliau turut membersihkan sistem pilihan raya, melakukan pelbagai usaha pemulihan ekonomi, dan membebaskan tahanan politik walaupun dibantah pihak tentera negara itu.

===

Nota kaki: Berita ini dibuat oleh Masdar Wahid, wartawan akhbar online milik pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada hari Selasa, tarikh 11hb Disember 2012. Berita penuh dapat pula dilayari di: http://www.keadilandaily.com/serang-habibie-zainudin-berprasangka-keji-anwar/ [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 11hb Disember 2012].

SHARE

2 COMMENTS

  1. PRU-13 (Pemilihan Umum ke-13) di Malaysia akan dimulai tahun depan, 2013.

    Kepada saudara-saudaraku yang menjadi TKI di Malaysia dan diberi KTP oleh pemerintah Malaysia untuk ikut mencoblos dalam PEMILU, maka terima saja KTP dan uangnya itu. Pada saat PEMILU nanti, pilihan rahasia menjadi hak dan ada di tangan Anda.

    Saran saya: jangan pilih wakil-wakil UMNO yang serakah dan sering menghina Indonesia. Tapi pilihlah wakil-wakil Partai Keadilan pimpinan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

    Vote for changing Malaysia now and vote also for supporting DSAI as candidate of Malaysian Prime Minister.

  2. Inilah komentar orang-orang Malaysia sendiri tentang Zainuddin Maidin dalam: http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/06/zainuddin-maidin-salahkan-tunku.html

    Anonymous says:
    Sunday, June 10, 2012 Reply

    Apa Mahathir tidak salah, tidak cerdik, tiada pilihan, tiada calun lain, dan tidak ada orang lain yang lebih layak lagi apabila melantik Zainuddin Maidin ni sebagai Menteri Penerangan? Tidak rosak dan musnahnya fungsi Kementerian Penerangan ketika itu di mata dunia? Kriteria istimewa bagaimana Mahathir lihat Zainuddin Maidin boleh menerajui kementerian penerangan ketika itu?

    Mengapa tidak lawatan sejarah semula betapa Zainuddin Maidin menaikki tahta Kementerian Penerangan bersenjatakan apa dan bagaimana? Meminjam kata kata Nik Aziz: “Nabi Muhammad SAW berpindah dari Mekah ke Madinah berkehendakkan kerusi”. Itu teori Nik Aziz. “Zainuddin Maidin dapatkan kerusi Kementerian Penerangan apa pembaharuan, ciptaan, dan inovasi yang diperkenalkan hingga terserlah kenalnya Kementerian Penerangan dimata dunia? Apa Mahathir salah bagi kerusi ke Zainuddin Maidin merengget minta kerusi?

    Dan tidakkah Zainuddin Maidin sedikit sekelumit merasai bahawa Anda juga menyumbang kepada kejatuhan dan hilangnya keyakinan masyarakat kepada UMNO? Hanya kerana Anda nak jadi orang besar dalam sejarah.

    ===

    Anonymous says:
    Sunday, June 10, 2012 Reply

    Bila tengok video Bersih yang pertama di Youtube, apabila Zainuddin Maidin memberi ulasan kepada Al-Jazeera, ssangatlah teruk … sehingga di jadikan modal oleh pembangkang semasa PRU-12, Menteri UMNO tak fasih English.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here