Ingatkan Kerajaan Siasat Kes Menteri Rogol Amah – Zuraida

1
109

KUALA LUMPUR, 16 November 2012. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.

“Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas,” kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?” soalnya.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah, yang berasal dari Indonesia.

Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care, yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.

Banyak pihak, termasuk KEADILAN, membuat laporan polis berhubung kes itu, namun sehingga kini tiada siasatan.

“Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman,” kata Zuraida.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM 100,000 (satu ratus ribu Ringgit Malaysia) di negara asalnya, Indonesia.

Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa, mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM 300 sebulan, sebelum dinaikkan RM 500 selepas beberapa tahun.

Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung “menyelamatkan” Rais daripada tuduhan itu.

===

Nota kaki: Berita ini dibuat oleh Aisha Geoffrey yang terdedah dalam media online milik pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia. Berita penuh dapat pula dilayari di: http://www.keadilandaily.com/ingatkan-kjaan-siasat-kes-menteri-rogol-amah-zuraida/ [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 17hb November 2012].

SHARE

1 COMMENT

  1. Menteri Malaysia yang berasal dari Minang ini nampaknya ingin mengimplementasikan makna “Minangkabau” dimana orang Jawa bisa ditundukkan melalui adu kerbau. Jadi, kalau pak Menteri ini memperkosa pembantunya yang berasal dari Jawa, dia memang ingin menunjukkan makna “menang kerbau”. Tapi mungkin pak Menteri ini pikirannya “otak kerbau” juga. He3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here