Perlu Sorang “Anchor” yang Berkeupayaan dalam Mentadbir Jurnal Akademik

1
99

Mengurus dan mentadbir jurnal akademik bukanlah perkara senang. Agar ianya boleh terbit secara berterusan dan kandungannya berkualiti diperlukan sorang urusetia yang berperanan selaku anchor (jangkar) pada jurnal berkenaan.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Andi Suwirta, Pengetua Am ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) dalam majlis bengkel pentadbiran jurnal akademik, anjuran Fakulti Pendidikan Bahasa dan Seni UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung pada hari Rabu, 14 November 2012.

Pada Suwirta, yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI dan berjaya sehingga kini mentadbir 5 (lima) jurnal akademik tajaan ASPENSI, peranan dan khidmat sorang urusetia yang semangat, rajin, dan kerja kuat diperlukan sangat agar in-house style (gaya tempatan) jurnal bersabit dapat dipulihara dan dipertahankan.

“Saya rasa tak payah ramai orang untuk mentadbir jurnal, khasnya yang berperanan selaku anchor, cukup sorang sahaja. Hal ini memandangkan bila ramai orang yang turut terbabit dalam pentadbiran, maka in-house style jurnal pula akan perlabagai, mengikut corak dan warna keinginan masing-masing urusetia”, kata Suwirta.

Disoal macam mana pertubuhan kerjaya ASPENSI boleh berjaya mentadbir jurnal akademik sehingga lima jurnal, Suwirta menjawap dan membagi cadangan agar setiap jurnal diterajui oleh Pensyarah yang masih belia dan punya azam khidmat akademik yang kuat. Manakala obligasi daripada ahli-ahli sidang jurnal yang lain setakat ikut mensemak kertas-kertas yang nak diterbit agar kekal berkualiti dan membina networking samada dengan Pensyarah dari dalam mahupun luar negara agar memperolehi kertas yang bertaraf kebangsaan, rantau Asia Tenggara, dan antarabangsa.

“Mengikut daripada pengalaman saya, selaku perntadbir jurnal, wujud tiga pemerihalan dalam pengurusan jurnal akademik yang perlu diambilkira, iaitu (1) hal modal atau peruntukkan, (2) hal editorial atau urusetia, dan (3) hal artikel atau kertas. Bila ketiga pemerihalan tersebut boleh diatasi, maka jurnal akademik boleh berjaya terbit hingga bila-bila masa”, campur Suwirta.

Sebagai makluman bahawa pihak ASPENSI yang ditubuhkan pada hari-bulan 20 Mei 2006 itu, sempena Hari Kebangkitan Nasional, sehingga kini dah berjaya mentadbir 5 jurnal akademik, iaitu: (1) SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, terbit setiap bulan Mei dan November; (2) EDUCARE: International Journal for Educational Studies, terbit setiap bulan Februari dan Ogos, serta anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Muhammadiyah Purwokerto di Jawa Tengah; (3) TAWARIKH: International Journal for Historical Studies, terbit setiap bulan April dan Oktober, serta anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Veteran Republik Indonesia di Makassar, Sulawesi Selatan; (4) ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, terbit setiap bulan Jun dan Disember, serta anjuran bersama antara ASPENSI dengan Universiti Suryakancana di Cianjur, Jawa Barat; dan (5) SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, nak diterbit setiap bulan Mac dan September tahun 2013 masa hadapan.

Bersabit bengkel pengurusan jurnal akademik anjuran FPBS UPI, hadir pula selaku pembentang ialah Kumpulan Urusetia Jurnal FPBS, Jurnal Bahasa & Sastera, yang diterajui oleh Dr. Dadang S. Anshori. Majlis bengkel tersebut juga dibuka secara rasmi oleh Timbalan Dekan II Hal Ehwal Sumber Daya dan Kewangan FPBS UPI, iaitu Prof. Dr. Haji Andoyo, yang mengalu-alukan agar para Pensyarah dan Ketua Jabatan di FPBS UPI boleh berkongsi pengalaman dengan Pengerusi ASPENSI macam mana boleh memiliki keupayaan dan berjaya dalam mentadbir jurnal akademik. [MAS]

SHARE

1 COMMENT

  1. Aneh juga yah, universitas sehebat UPI tidak memiliki jurnal ilmiah yang terujuk dan terakreditasi. Jadi, dimana letak “a leading and outstanding university” itu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here