ASPENSI Nak Terbit Jurnal Akademik Baru, SUSURGALUR

3
118

Memandangkan ramai ahli pertubuhan ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) tak setakat datang daripada Indonesia, tapi juga daripada negara jiran di rantau Asia Tenggara, khasnya Malaysia dan Brunei Darussalam, maka pihak Pengerusi berazam untuk menerbit satu lagi jurnal akademik bersabit pengajian Sejarah dan Pendidikan Sejarah, yang bertajuk SUSURGALUR.

Prof Madya Dr Ismail Ali, sebaik sahaja dilantik selaku Pengetua Sidang Pakar ASPENSI yang baru dan sekarang selaku Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan), membuat kenyataan semalam, Selasa, 2hb Okober 2012. Mengikut Ismail, jurnal akademik yang baru ni nak mengguna-pakai dua bahasa, iaitu Bahasa Indonesia (BINA) dan Bahasa Melayu (BM), dengan Abstrak pada kertas yang diterbit dalam jurnal berkenaan mengguna-pakai dua bahasa pulak, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan masing-masing negara.

“Pengerusi ASPENSI di Bandung dah berjaya menerbit 4 jurnal akademik yang dikongsi dengan mana-mana jabatan tak setakat di Indonesia tapi juga di Malaysia. Oleh itu saya yakin, lagi haqul yakin, bahawa jurnal akademik yang ke-5 ni pun nak kekal maju jaya dan boleh terbit hingga bila-bila masa”, kata Ismail.

Ismail kemudiannya mempelawa dan menjemput kepada mana-mana Pensyarah, Cikgu, dan Pelajar Sejarah di rantau Asia Tenggara untuk menghantar kertas kerja samada dapatan penyelidikan maupun pemikiran bernas untuk diterbit dalam jurnal SUSURGALUR. Kertas kerja dicadangkan kena dibuat dalam 15-25 mukasurat, guna skrip Time News Roman, dengan besar skrip 12. Kertas kerja yang dah sedia ada sila dihantar terus kepada alamat mele urusetia jurnal di: aspensi@yahoo.com dan aspensi.bandung2006@gmail.com

Disoal mengenai jurnal ni bila terbit, Ismail menjawap bahawa urusetia jurnal merancang penerbitna per isu setiap bulan Mac dan September, dan dimulakan bulan Mac 2013 jurnal SUSURGALUR dah boleh keluar.

“Saya dimaklumkan oleh encik Andi SUWIRTA, Pengetua Am ASPENSI, bahawa maklumbalas daripada Pensyarah, Cikgu, dan Pelajar Sejarah untuk menghantar kertas kerja kepada jurnal SUSURGALUR ni memberangsangkan”, kata Ismail mengakhiri perbualan.

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi ASPENSI di Bandung. Harap-harap maju jaya. [MAS]

SHARE

3 COMMENTS

  1. Alamak, badan ASPENSI nak ada 5 jurnal akademik? Kami ada satu pulak dah pening dah. Macam mana pengerusi ASPENSI boleh berjaya mentadbir jurnal akademik tu?

  2. Amazing bro! Saya kira inilai HIMPRO (Himpunan Profesi) yang benar-benar profesional: punya portal, ada pengurusnya, punya jurnal, serta punya visi, misi, dan program yang jelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here