Malaysia, Indonesia Perlu Berbincang

3
125

JAKARTA 28 Jun – Semenanjung Malaysia dan Sumatera, Indonesia hanya dipisahkan oleh lautan sejauh 64 kilometer, namun persengketaan mengenai isu tarian Tor Tor dan gendang Gordang Sambilan dilihat menjarakkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Ketegangan yang dicetuskan oleh negara ini berhubung isu budaya, pencemaran dan sempadan secara tidak langsung menyukarkan negara-negara di Asia Tenggara untuk mencapai taraf komuniti ekonomi menjelang 2015.

Usaha murni Malaysia memperkenalkan tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan sebagai satu daripada warisan dunia disalah ertikan oleh Indonesia sehingga tercetusnya protes di Kedutaan Besar Malaysia di sini pada minggu lalu.

Gambar kiri: Dua penari Tor Tor, duduk di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi membantah tindakan Malaysia yang kononnya mencuri seni tarian itu dari Indonesia pada 23 Jun lalu. – Reuters

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia menggesa pemangku duta Indonesia ke Malaysia supaya mengadakan perbincangan berikutan keganasan yang tercetus akibat perbalahan budaya.

Kerajaan kedua-dua negara juga perlu memainkan peranan bagi meredakan ketegangan dengan menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah salah faham dan sekadar mahu mempromosi budaya masyarakat Mandailing yang tinggal di Sumatera dan di Malaysia.

Indonesia dan Malaysia sebelum ini pernah bertikam lidah mengenai isu kain batik, lagu-lagu rakyat dan masakan rendang.

Di sebalik kemarahan yang semakin reda, terdapat sentimen yang menyatakan Indonesia kecewa dengan sikap Malaysia yang mahu “mencuri” budayanya.

Sementara Malaysia pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya tiada niat untuk “mencuri” budaya asli negara ini, sebaliknya mempunyai perspektif untuk memelihara budaya tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan yang dilihat semakin pupus. – REUTERS

===

Nota campur: Berita ini dipetik dari media arus perdana online, Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tarikh 29hb Jun 2012. Ianya dapat pula dilayari di: www.utusan.com.my [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 30 Jun 2012].

SHARE

3 COMMENTS

  1. Saya pikir sukar bagi Malaysia untuk mengklaim budaya sebagai warisan nasionalnya. Kalau mempromosikan tarian India, itu warisan budaya milik negara India. Kalau mempromosikan tarian Cina, itu juga warisan budaya milik negara Cina. Tarian Melayu? Orang Sumatera Utara dan orang Riau pula akan protes bahwa itu adalah warisan budaya mereka.

    Jadi, Malaysia adalah contoh negara-bangsa yang “gagal” (failed state) dalam mengembangkan budaya nasionalnya. Orang Melayu, Cina, dan India belum menjadi “bangsa Malaysia”, mereka masih terpisah satu sama lain. Memang dalam sejarah Malaysia tidak ada peristiwa “Sumpah Pemuda” seperti dalam sejarah Indonesia pada tahun 1928 yang menyatakan SATU Bangsa, Tanah Air, dan Bahasa INDONESIA.

  2. Prof Dr Abdurahman Embong, a notorious social scientist of Malaysia, said that the development of nation-state between Indonesia and Malaysia was different. In Indonesia, a nation was born (in 1920s) before the birth of Indonesia’s nation-state (1945). While in Malaysia, a state was born (1957 and 1963) before a nation was formatted. Embong also stressed that until now, the nation of Malaysia is still being process, not yet finished.

  3. Ada orang Malaysia yang khawatir, jangan-jangan Bahasa Melayu juga akan diklaim sebagai warisan budaya bangsa Indonesia. Jangan khawatir, tuan/puan. Bahasa Melayu beda dengan Bahasa Indonesia. Walaupun Bahasa Indonesia ini asal-usulnya berasal dari Bahasa Melayu, tapi perkembangan Bahasa Indonesia jelas lebih maju dan modern daripada Bahasa Melayu itu sendiri.

    Cobalah kita baca buku-buku, majalah, suratkabar, dan jurnal dalam Bahasa Melayu yang ada di Malaysia, maka kita seperti sedang membaca Bahasa Indonesia sebelum era EYD (Ejaan Yang Disempurnakan), bahasanya kolot dan statis, serta miskin dengan kosa-kata serapan baik dari bahasa daerah maupun dari bahasa asing.

    Jadi, kalau Bahasa Melayu ingin maju dan modern harus ikut dan mencontoh Bahasa Indonesia. Jangan lupa juga, Bahasa Melayu hanya digunakan oleh tidak lebih dari 20 juta penduduk di Malaysia; sedangkan Bahasa Indonesia digunakan oleh lebih dari 200 juta penduduk di Indonesia.

    Catatan tambahan: Kalau orang Sunda di Jawa Barat yang jumlahnya 40 juta pergi bersama-sama ke Malaysia, maka dalam waktu sekejap akan menjadikan Bahasa Sunda sebagai Bahasa Nasional di Malaysia, mengalahkan Bahasa Melayu itu sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here