Nurul Izzah Ikon Asia, Sebaris Aung San Suu Kyi

2
123

Gerbang berita Filipina, www.inquirer.net, menyenaraikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sebagai antara personaliti Asia yang “membawa harapan baru untuk membentuk Asia menjadi tempat lebih baik”.

Nurul Izzah disenaraikan bersama pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaobo; pejuang demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi; peninju serta ahli politik Filipina, Manny Pacquiao; dan pasukan gusti wanita dari India.

Dalam laporannya, www.inquirer.net menyifatkan Izzah sebagai pemimpin yang muda tetapi mempunyai agenda yang besar untuk masyarakat.

“Nurul Izzah – graduan ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dari Johns Hopkins University – dilihat anggota parti sebagai ahli politik yang serius dalam KEADILAN”, kata www.inquirer.net.

Dalam laporan yang sama juga, www.inquirer.net berkata selepas menang pemilihan Naib Presiden, Nurul Izzah kini berjaya keluar daripada imej sebagai anak Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Ahli parti) kini beranggapan Nurul Izzah satu personaliti yang tersendiri, bebas dari bayangan Anwar Ibrahim,” kata www.inquirer.net.

Nurul Izzah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, adalah salah seorang daripada empat Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu selepas menang dalam pemilihan parti November 2011 lalu.

===

Nota campur: Berita ini dipetik dari media online milik pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tarikh 16hb Jun 2012. Ianya dapat pula dilayari di: http://www.keadilandaily.com [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 22 Jun 2012].

SHARE

2 COMMENTS

  1. Sudah saatnya muncul pemimpin-pemimpin muda di Asia Tenggara. Di Malaysia ada Nurul Izzah Anwar Ibrahim; di Indonesia ada Puan Maharani Megawati, Anas Urbaningrum, atau Anis Baswedan; di Myanmar ada Aung San Suu Kyi; dan sebagainya. Sedangkan pemimpin-pemimpin yang sudah tua sebaiknya mundur saja dari pemerintahan dan banyak berdoa di rumah untuk kemajuan bangsanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here