Cikgu dan Pensyarah Sejarah Kena Suka Melancong

2
129

Apa yang nak berlaku bila cikgu sejarah, pun pensyarah sejarah, tak sukakan melancong? Melancong di sini bermaksud menengok secara terus tempat dan destinasi yang wujud hubung-kaitnya dengan sejarah. Pastinya bila cikgu dan pensyarah sejarah tu mendedahkan, sama ada peristiwa mahupun tokoh sejarah, ia setakat macam cakap besar sahaja. Ertinya, ia mendedahkan satu perkara tapi masih abstrak dalam minda sahaja, memandangkan tidak melihat secara terus dalam realiti.

Moch Eryk Kamsori, S.Pd., Pengerusi ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) membuat kenyataan sempena meraikan Hari Jadi ASPENSI, yang ditubuhkan pada tarikh 20hb Mei 2006, enam tahun lepas. Mengikut Eryk, yang juga Pensyarah di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, sama ada cikgu mahupun pensyarah sejarah sememangnya kena kerap mengamalkan aktiviti kembara dan melancong untuk melihat secara terus situs-situs bersejarah.

“Sememangnya, aktiviti kembara dan melancong tu menyeronokkan lah”, Eryk kata dan membagi nota campur bahawa daripada aktiviti berkenaan, cikgu dan pensyarah sejarah boleh meneliti dan mengenal pasti bagi memperkasakan wawasan sejarah yang sedia ada. Bila sorang cikgu dan pensyarah sejarah tak pernah pergi terus ke tempat-tempat bersejarah, wujud kes PP (Pengajaran dan Pembelajaran) subjek Sejarah di bilik darjah seperti berikut:

Cikgu: “Murid-murid, hari ini kita nak belajar sejarah mengenai Kerajaan Ternate dan Tidore di Maluku Utara. Dua-dua kerajaan ni berjaya dalam proses Islamisasi di rantau Indonesia Timur. Wujud soalan ke, murid-murid?”.

Murid: “Cikgu, dah gi Ternate dan Tidore ke?”

Cikgu: “Belum lagi, tapi … baik lah kita pergi sana nanti pada bila-bila masa”.

Kes PP Sejarah di atas, Eryk kata, tak kan berlaku bila cikgu berkenaan dah pergi dan tengok secara terus warisan Kerajaan Ternate dan Tidore di Maluku Utara. Dan PP Sejarah di bilik darjah akan lebih hidup, dinamik, dan imajinatif. Dengan erti kata lain, murid tak memandang subjek Sejarah sebagai benda mati.

“Saya pula kerap pergi Bali sebagai satu destinasi peranginan yang terbilang dalam alam pelancongan dan kaya dengan warisan sejarah yang menyeronokkan di Indonesia”, Eryk kata dalam sesi temubual tidak rasmi di pejabatnya semalam.

Perkara serupa juga ditegaskan semula oleh Andi Suwirta, M.Hum. Selaku Pengetua Am ASPENSI dan Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI, Suwirta kerap pergi melancong dan melakukan aktiviti kembara ke tempat-tempat bersejarah, tak setakat di Indonesia tapi juga di rantau Asia Tenggara.

“Minggu lepas, saya pun pergi ke Tarakan, satu bandar penting di Negeri Kalimantan Timur”, Suwirta kata. Pada Suwirta, Tarakan adalah satu bandar dan pulau yang dalam Perang Dunia II (1939-1945) sangat kritital bagi tentara Jepun sebelum masuk dan menceroboh ke pulau-pulau lain di rantau Indonesia.

“Dari Tarakan, saya berlayar terus ke Tanjung Selor di Kabupaten Bulungan, pergi-balik, dan cuba naik bot yang melaju dengan pantas di atas lautan yang luas. Di Tarakan pula, saya pergi ke UB (Universiti Borneo) yang sebaik sahaja telah diiktiraf sebagai IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) oleh kerajaan Indonesia”, kata Suwirta menutup perbualan.

Tahniah dan syabah encik Eryk dan Suwirta. Harap-harap ASPENSI maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

 

SHARE

2 COMMENTS

    • Pak Eryk sedang berpose di Bali, Indonesia. Sedangkan pak Andi sedang berfoto di Alor Star, Malaysia. Hayu atuh urang jalan-jalan sambil berwisata sejarah. Salam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here