Kes Menteri Rogol Amah: Polis Mahu Siasat Pengarah Tenaganita

4
129

Polis diminta memberi penjelasan dan tujuan sebenar mereka mendapatkan keterangan Pengarah Eksekutif  Tenaganita, Irene Fernandez, berhubung kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan  seorang menteri kabinet tidak lama dahulu.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa itu untuk menyiasat Irene kerana mengulang siar kenyataan sebuah NGO (Non-Governmental Organization) pekerja Indonesia, Migrain Care, yang pertama sekali menimbulkan dakwaan itu.

Peguam Latheefa Koya berkata, dakwaan polis mengatakan Tenaganita membuat tohmahan adalah tidak benar kerana polis seharusnya mengikut prosedur siasatan dengan memanggil mangsa dan pelaku jenayah tersebut.

“Mangsa dan individu yang didakwa melakukan jenayah tersebut tidak dipanggil atau disiasat. Justeru, mengatakan Tenaganita melakukan tohmah adalah salah”.

“Macam mana mereka kata perkara itu tohmah? Bagaimana kalau mangsa tidak bercakap atau diugut? Apakah jika mangsa berdiam diri bermakna kes telah selesai?”

“Persoalannya, atas sebab apa Irene disiasat? Adakah mereka mahu siasat tentang kenyataan Migrant Care atau siasat tentang kes rogol itu?”, soal Latheefa yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN.

Dalam surat yang dihantar pada 12 Mei 2012 kepada Irene, beliau dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan polis bagi mendapatkan keterangannya berhubungisu itu.

Bagaimana pun Irene berkata, pihak polis tidak hadir ke pejabat Tenaganita hari ini untuk bertemunya pada jam 3 petang seperti yang dijadualkan, selepas menunggu selama kira-kira sejam.

“Kami tidak jelas dengan motif siasatan ini. Sekiranya apa yang didakwa sebagai tohmahan oleh kami, adalah lebih baik sekiranya polis mendapatkan maklumat dari Migrant Care yang merupakan pemilik asal kenyataan itu,” kata Irene.

“Tambahan pula, dakwaan bahawa Tenaganita menyiar semula pada 26 Disember 2010 adalah tidak benar. Pada tarikh itu, semua kaki tangan Tenaganita bercuti, sehari selepas sambutan Krismas tahun lalu,” kata Irene kepada www.keadilandaily.com

Sementara itu, Keadilandaily cuba menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ampang, Norfirdawati Othman, bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan siasatan, hari ini. Norhayati yang merupakan pegawai penyiasat kes memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan oleh pihak Tenaganita berkenaan masa pertemuan.

“Dia tak fix (tetapkan) waktu”, jawab Norfirdawati sambil menambah bahawa dia tidak dapat memaklumkan tarikh baru bagi sesi pertemuan berikutnya.

“Ini kes high profile. Saya tak boleh maklumkan sebab kena maklumkan pada OC dahulu. (Ketua Daerah Polis). Kita kena ikut prosedur. Saya tak boleh bagi apa-apa komen”, kata Norfirdawati.

Kes ini menjadi isu hangat di media Indonesia, termasuk desakan pertubuhan hak asasi dan buruh di negara itu yang menuntut supaya pelaku tersebut- yangdikaitkan dengan seorang menteri kabinet di Malaysia, disiasat dan dihukum.

===

Nota campur: Berita ini disiarkan oleh media online milik pembangkang, Keadilan Daily, di Kuala Lumpur, Malaysia. Ianya dapat dilayari juga di: www.keadilandaily.com [diakses di Bandung, Jawa Barat, Indonesia: 26 Mei 2012].

SHARE

4 COMMENTS

  1. Wah, berita heboh nih! Pasti pak Menteri Malaysia itu keturunan dari Indonesia. Dia pikir pembantu (amah) dari Indonesia itu dianggap barang mainan. Jadi seenak perutnya sendiri memperkosa (merogol) seorang pembantu.

    Tapi juga mungkin karena adanya mis-komunikasi dan salah makna. Menteri Malaysia itu tanya, “Macam mana duduk di rumah saya?”. Pembantu Indonesia bilang, “Cocok, pak Menteri”. Lalu di-cocok-lah pembantu itu oleh pak Menteri, sebab kata “cocok” dalam Bahasa Melayu bermakna ML (Making Love).

    Dasar, Menteri PIKTOR (Pikiran Kotor).

  2. Makanya, para pembantu rumah tangga dari Indonesia yang ada di Malaysia jangan sering-sering bilang, “Saya butuh bantuan bapak”, nanti malah dikasih “butuh” beneran menurut pengertian orang Malaysia. Sebab, kata butuh bagi mereka, maaf, adalah alat kelamin laki-laki.

  3. Kononnya Menteri berkenaan bernama Datuk Rais Yatim, asal-usulnya berasal daripada Negeri Minang. Amah yang dirogol pulak berasal daripada Jawa. So, YAB Menteri tu nak menunjukkan bahawa kata “Minangkabau” berasal daripada “Menang Kerbau”, bermaksud pula bahawa orang Minang boleh berjaya menewaskan orang Jawa. Ha3.

  4. Kepada Datuk Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Warisan Budaya Malaysia. Daripada Anda mengklaim Tarian Tor-tor sebagai warisan budaya kebangsaan Malaysia, lebih baik Anda pertanggungjawabkan dulu kasus pemerkosaan Anda terhadap pembantu rumah dari Indonesia. Jangan-jangan wanita itu mau Anda klaim juga sebagai warisan budaya?

    Kalau pak Menteri ini datang ke Indonesia harus didemo tidak hanya oleh para seniman dan pegiat busaya tetapi juga oleh para TKW (Tenaga Kerja Wanita) Indonesia yang pernah bekerja di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here