Kementerian Pendidikan Mahukan Jurnal Akademik yang Berkualiti

3
125

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, melalui jabatan Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi, mengambil berat pada pemerihalan penerbitan jurnal akademik agar ianya boleh disiarkan secara berterusan dan berkualiti dari segi kandungannya. Ini memandangkan bilangan jurnal akademik yang boleh diterbitkan di Indonesia masih tercicir bila dibandingkan dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, sama ada Singapura, Malaysia, dan Thailand mahupun Brunei Darussalam.

Prof Dr Mien A Rifai, pakar jurnal akademik daripada Ditjen Dikti (Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi), mendedahkan secara tegas perkara berkenaan dalam majlis Taklimat Hibah Jurnal yang Selari dengan Standard Kualiti dan Pentadbiran Kebangsaan, pada hari Kamis, 29hb Mac 2012 di Kampus UNY (Universiti Kebangsaan Yogyakarta), Indonesia, minggu lepas.

Mengikut Mien, dalam kertas kerja yang dibentangkan dan bertajuk “Semangat Baru di Balik Panduan Akreditasi Terbitan Berkala Ilmiah 2011”, secara am pakeliling daripada Ditjendikti itu memiliki hala-tuju bagi mempertingkatkan semula kualiti jurnal akademik di Indonesia, sama ada dari segi urusetia jurnal yang cekap dan profesional mahupun dari segi proses meneliti dan mengedit-semak kertas kerja yang selari dengan dasar Sidang Pakar Jurnal berkenaan.

Pada Mien, yang juga ialah Pensyarah Kanan di IPB (Institut Pertanian Bogor) dan Pengerusi AIPI (Akademi Ilmu Pengetahuan Indonesia) di Jakarta, mentadbir jurnal akademik kena semangat, kerja kuat, dan punya komitmen yang betul. Bila tak wujud kebolehan macam itu, maka jurnal akademik dapat merudum kualitinya. Mien pulak mengambil berat wujudnya fenomena plagiarisme yang berpunca daripada kekurangupayaan para urusetia jurnal.

“Sebagai makluman bahawa bila wujud amalan plagiarisme, maka tak setakat plagiaris sahaja yang digantung tapi juga jurnal akademik bersabit disaman, iaitu dikurangkan markahnya dan dilabel dengan nota hitam oleh Ditjendikti”, campur Mien.

Sememangnya, maklumat terkini daripada pensyarah IPT (Institusi Pengajian Tinggi) sama ada Am mahupun Swasta di Indonesia ramai yang mengamalkan plagiarisme. Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, melalui jabatan Ditjendikti, telah pun mengambil tindakan drastik kepada para plagiaris dengan menggantung mereka, sama ada dikeluarkan daripada IPT mahupun dimansuh gelaran akademiknya.

Mengikut Mien, berasaskan undang-undang dan hukum di Indonesia, termasuk pula Pakeliling daripada Ditjen Dikti, bila plagiaris bersabit sorang Professor atau bakal Professor, maka gelaran Prof dan Dr ditarik-balik oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan; dan ramai pensyarah di Indonesia, yang terbabit dalam amalan plagiarisme, mengalami nasib semacam ini.

Dalam majlis yang sama juga hadir Prof Dr Suminar S. Achmadi, yang memaklumkan semula bahawa usaha Kementerian Pendidikan dalam membina jurnal akademik di Indonesia bukan setakat sekarang ini sahaja. Mengikut Suminar, berasaskan data sejarah penerbitan jurnal, sejak tahun 1995 lagi sehingga kini Kementerian Pendidikan telah membantu dan memberi peruntukkan bagi penerbitan jurnal akademik.

“Tapi memang bantuan dan peruntukkan itu macam kurang berjaya. Banyak jurnal akademik yang telah dibantu oleh Kementerian Pendidikan, tapi tak berterusan terbit dan kualiti kandungan jurnal pun tak sesuai dengan harapan Kementerian. Harap-harap para urusetia jurnal yang dijemput dalam majelis ini, dan akan mendapat peruntukan, boleh mengambil iktibar daripada pengalaman masa lalu yang tidak baik agar Program Hibah Jurnal ini berjaya mencapai objektif dari jabatan Ditjendikti”, kata Suminar, yang mana beliau juga ialah Pensyarah Kanan di IPB Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Hadir dalam majlis berkenaan para urusetia jurnal daripada seluruh Indonesia, iaitu seramai 40 orang. Pertubuhan ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia) di Bandung pula termasuk yang dijemput, memandangkan dua buah jurnal yang ditadbirnya, iaitu SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan dan EDUCARE: International Journal for Educational Studies, akan mendapat peruntukkan daripada jabatan Ditjen Dikti.

Tahniah dan syabas kepada pihak pengerusi ASPENSI dan kepada pihak urusetia jurnal SOSIOHUMANIKA dan EDUCARE. Harap-harap maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

3 COMMENTS

  1. Beritanya bagus, terutama buat Dikti. Tapi saya gak ngerti. Banyak kata-kata yang asing dalam Bahasa Malaysia. Tapi gak apa-apa, asyik juga membacanya. Selamat buat ASPENSI di Bandung.

  2. I rasa Prof Mien ni sorang perempuan, selepas tengok gambar beliau sorang lelaki. Prof Suminar pulak, I rasa beliau sorang lelaki, nyatanya sorang perempuan. Pelik la nama-nama orang di Indonesia ni bila tak wujud gambar. Dalam perkara jantina, tak wujud “bin” bagi sorang lelaki dan “binti” bagi sorang perempuan. Lagi senang di Malaysia.

    Dalam masalah agama pula, orang Malaysia dibuat pening dan salah sangka kepada orang Indonesia. Nama-nama orang Indonesia macam nama-nama India. Tengok macam nama SUKARNO, SUHARTO, SUSILO, dan seumpamanya, I rasa mereka sorang Hindu, tapi nyatanya sorang Muslim sebenar. Ha ha ha, tap apa la, gurau sahaja.

    • Hallo Kembara Ilmu. Ingin tau apa sebabnya orang Indonesia yang laki-laki tidak mau menggunakan “bin” dalam namanya? Karena kalau nama bapaknya “Atang” dan nama anak tersebut “Asep”, maka namanya di Indonesia akan menjadi bahan tertawaan, yakni “Asep bin Atang” alias ASEP BINATANG. Ha ha ha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here