Alumni Sejarah Menjawat Pengetua Sekolah

6
143

Alumni Jabatan Sejarah IKIP (Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan) Bandung tahun 1980-an, kini UPI (Universitas Pendidikan Indonesia), iaitu puan Dra. Wiwi Siti Zawiyah mendapat amanah baru untuk menjawat selaku Pengetua SMKN 9 (Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 9) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Puan Wiwi sebelum menjawat ini, pun selaku Pengetua SMKN 10 di Bandung.

Demikian maklumat yang diberikan oleh puan Sri R Rosdianti dan puan Tati Agustini Setiawati, kedua-dua mereka ialah cikgu di Sekolah Menengah Vokasional Kebangsaan 9 di Bandung. Mengikut Sri dan Tati, yang juga selaku Pengerusi ASPENSI (Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia), puan Wiwi memulakan kerjaya selaku cikgu Sejarah di SMKN 9 dan kini menerajui pula sekolah menengah vokasional yang cukup terbilang dan cemerlang di bandar Bandung.

“Puan Wiwi telah menukar encik Dedi Hermadi selaku Pengetua SMKN 9 Bandung”, mengikut Sri melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) semalam [Juma’at, 16 Mac 2012].

Sebagai makluman bahawa SMKN 9 di Bandung adalah sekolah vokasional yang mengambil berat pada bidang-bidang pelancongan, restoran, fesyen, dan kecantikan. Murid-murid SMKN 9 pulak kerap dihantar kepada mana-mana negara jiran, khasnya Malaysia, bagi mengamalkan latihan industri bersabit dengan bidang-bidang berkenaan.

“Murid-murid yang kami hantar sememangnya mendapat tindak balas yang memberangsangkan daripada pihak-pihak bersabit, sama ada kerajaan mahupun swasta, di Malaysia”, puan Tati menambahkan.

SMKN 9 adalah sekolah menengah vokasional yang beralamat penuh di Jalan Soekarno-Hatta Km.10 By Pass, Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Bagi maklumat lanjut mengenai sekolah ini, ianya dapat dilayari dalam laman web di: www.smkn9bandung.blogspot.com

Tahniah dan syabas kepada puan Wiwi Siti Zawiyah, harap-harap SMKN 9 maju jaya hingga bila-bila masa. [MAS]

SHARE

6 COMMENTS

  1. Selamat pagi cikgu! Alamak, budak2 tu kena cekap dalam mengguna-pakai sama ada BM (Bahasa Melayu) mahupun BI (Bahasa Inggeris) bila mereka dihantar ke luar negara, khasnya Malaysia.

    Saya punya satu pengalaman yang menyeronokkan. Masa tu saya menempah hotel di bandar Bandung. Saya kata, saya nak tempah 1 bilik 2 katil. Alamak, budak yang masih menuntut di sekolah menengah vokasional tu macam tak faham.

    Bertuah wujud sorang rakan yang pandai cakap BM. So, sebarang urusan bersabit tempah-menempah hotel di Bandung tu boleh lah diselesaikan dengan baik.

    Memang wujud perbezaan makna antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Saya kata “bilik”, mereka cakap “kamar”. Saya cakap “katil”, mereka kata “tempat tidur”.

    Lagi pelik bila mereka tanya, “Bapak butuh apa?”. Ha ha ha, di Indonesia memang banyak “butuh”, serupa lah dengan di Malaysia sebagai negara lucah di dunia. Sekian dan salam muhibah.

  2. Selamat dan sukses untuk bu Wiwi, semoga bisa membawa SMKN 9 Bandung benar-benar menjadi sekolah kejuruan yang bertaraf nasional dan internasional. Hanya mungkin kompetensi profesional guru-gurunya perlu terus ditingkatkan, terutama dalam kemampuan berbahasa, agar RSBI tidak diplesetkan artinya menjadi “Rintisan Sekolah BERTARIF Internasional”. Ha ha ha.

  3. I have tried to search the website of SMKN 9 Bandung. Unfortunately, there is not updating website. Vision and intention for becoming the best vocational school nationally as well as internationally, I think, if has no good media for dissemination — especially the websites — it will be contra-productive affairs.

  4. Pelik lah Bahasa Indonesia ni. Saya pikir SMK tu macam Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia, ternyata Sekolah Vokasional. Sekolah Rendah pun dipanggil “Sekolah Dasar”, IPTA pula dipanggil PTN.

    Saya dimaklumkan kena ingat betul ayat-ayat macam ni bila kita datang ke Indonesia:

    Ruang Kelas = Bilik Darjah;
    Kamar Kecil = Tandas;
    Pariwisata = Pelancongan;
    Kantor = Jabatan;
    Markas Besar = Ibu Pejabat;
    Dadah = Good By;
    Mobil = Kereta;
    Gampang = Mudah;
    Butuh = Perlu;
    Cocok = Selari.

    Dah la lagi pelik. Ha3.

  5. Kepada Yth para Alumni Pendidikan Sejarah UPI/IKIP Bandung. Kami ingin sekali mengadakan reuni. Mungkin alumni-alumni yang sekarang sukses dan punya jabatan penting bisa memprakarsainya. Alangkah bangganya bila kita bisa menunjukkan kepada masyarakat luas bahwa alumni sejarah itu ada dan bisa berkiprah demi kemajuan masyarakat dan bangsa.

    Atau informasinya bisa melalui website ASPENSI ini? Terima kasih dan salam Historia Magistra Vitae!!!

  6. Salam Historia Magustra Vitae kepada para Alumni Pendidikan Sejarah IKIP Bandung/UPI. Kami, pengurus ASPENSI, siap memfasilitasi saudara/i untuk mengadakan Temu Alumni Akbar. Tapi kami memang kesulitan untuk mendapatkan alamat terkini dan biodata ringkas dari saudara/i.

    Karena itu, untuk mempersiapkan segara sesuatunya, kami memerlukan Data Base alumni. Kami persilahkan saudara/i untuk mengirimkan emel kepada kami dan ditujukan langsung ke alamat: aspensi@yahoo.com atau pengurus@aspensi.com

    Adapun data dasar yang harus saudara/i kirim adalah sebagai berikut:

    Nama lengkap dan gelar:
    Tempat dan tanggal lahir:
    Pendidikan terakhir:
    Lulus IKIP Bandung/UPI tahun berapa:
    Agama:
    Pekerjaan sekarang:
    Alamat kantor, lengkap dengan nomor tlp, hp, dan emel:
    Alamat rumah, lengkap dengan nomor tlp dan hp.
    Motto hidup:

    Data dasar tersebut, bisa juga dijadikan sebagai bahan bagi kami untuk membuat buku “Who’s Who Alumni Pendidikan Sejarah IKIP Bandung/UPI”. Buku ini nantinya bisa saja diluncurkan saat acara Temu Alumni Akbar berlangsung.

    Kami tunggu respons dari saudara/i. Semoga alumni Pendidikan Sejarah IKIP Bandung/UPI sukses dan maju selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here